web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tindakan Pembangkang Keluar Dewan Seperti Tidak Hormati Institusi Diraja - Ahmad Farhan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Feb 2024 8:18AM

Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan ketika Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ikrar taat setia kepada Yang di- Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Ahli Parlimen pembangkang keluar dewan ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kelmarin, dilihat sebagai tidak menghormati Institusi Diraja.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi berkata, tindakan pembangkang itu juga seolah-olah ingin menyindir kebijaksanaan titah Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim supaya Kerajaan MADANI terus dikekalkan sehingga Pilihan Raya Umum yang akan datang.

"Pada Istiadat Pembukaan Parlimen Kali Ke-15, Seri Paduka Baginda telah bertitah menasihati semua Ahli Dewan Rakyat daripada kerajaan mahupun pembangkang untuk berganding bahu membangunkan negara demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia.

Seri Paduka Baginda turut mengingatkan Ahli Dewan Rakyat untuk tunjukkan contoh teladan yang baik kepada rakyat ketika berada di Dewan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan di Facebook, semalam.

Ahmad Farhan berkata, protes yang dilakukan pembangkang terhadap isu berkenaan jelas menunjukkan mereka gagal mempraktikkan politik matang.

Justeru, beliau menggesa Ahli Parlimen pembangkang untuk menghentikan politiking, sebaliknya mereka perlu memainkan peranan untuk bersama Kerajaan MADANI memacu ekonomi negara yang lebih pesat.

"Oleh itu, Ahli Parlimen pembangkang sepatutnya menyokong tindakan Perdana Menteri menyampaikan ucapan menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah yang telah meletakkan kemuliaan dan keutamaan kepada rakyat sepanjang pemerintahannya.

"Inisiatif oleh Perdana Menteri ini turut mewakili suara rakyat dan sepatutnya semua Ahli Dewan Rakyat senada dalam mengucapkan penghargaan dan penghormatan kepada Yang di-Pertuan Agong ke-16 buat kali terakhir," katanya.

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tindakan keluar dewan itu adalah protes bahawa kerajaan sepatutnya tidak melakukan sesuatu di luar peraturan mesyuarat kerana dilihat sebagai salah guna kuasa.

Menyentuh mengenai perkara itu, Ahmad Farhan berkata, secara teknikalnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said telah mengemukakan permohonan kebenaran di bawah Peraturan 14(2) kepada Dewan Rakyat untuk membenarkan Perdana Menteri memberi ucapan pujian dan penghargaan kepada Al-Sultan Abdullah.

Menurutnya, isu itu tidak patut diperbesarkan kerana Peraturan Mesyuarat 14(2) telah membenarkan pihak kerajaan mengemukakan usul untuk sesuatu perkara tanpa perlu dibahas dan diberi notis, selain daripada mendapat persetujuan majoriti ahli dewan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Budaya Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa Perlu Jadi Teras Kepimpinan ATM - Agong

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran