web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kejayaan Tarantula, Kerajaan Beri Keutamaan Produk Ketenteraan Tempatan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2021 1:22PM

Ismail Sabri hadir pada majlis memperkenalkan kenderaan berperisai mobiliti tinggi, Tarantula HMAV 4X4 di Kem Perdana, Kuala Lumpur. - Gambar oleh Syeda Imran.

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memberi keutamaan kepada produk ketenteraan buatan Malaysia dalam hal perolehan kontrak kerajaan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia serentak dengan kejayaan syarikat milik bumiputera, Mildef International Sdn Bhd menghasilkan kenderaan berperisai mobiliti tinggi, Tarantula HMAV 4X4.

Menurut beliau, tindakan itu diyakini mampu mengelakkan negara daripada terlalu bergantung kepada negara luar, dalam hal ehwal ketenteraan negara.

“Kementerian akan beri keutamaan dan fokus kepada industri [penghasilan aset-aset kententeraan] supaya negara tidak perlu bergantung kepada kepada negara luar dalam hal-hal ketenteraan negara,” katanya dalam sidang media, selepas majlis penamaan rasmi Tarantula di Kem Perdana di sini hari ini.

Ismail Sabri yang juga Menteri Kanan (Keselamatan) berkata, Tarantula melalui pelbagai penilaian seperti ketahanan di lebuh raya, penggunaan minyak, ujian muatan, kecekapan penggunaan takal, pemasangan, pembukaan, ujian mendaki dan menuruni cerun,  serta penggunaan brek termasuk ujian fording.

“Ujian tersebut berlangsung selama sembilan hari merangkumi perjalanan sejauh 700km di atas jalan raya dan 300km secara off-road, termasuk beberapa ujian berhalangan yang lain,” katanya.

Beliau berkata, saringan uji nilai terhadap Tarantula HMAV 4X4 dilaksanakan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Tentera Darat Malaysia bersama Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (Stride).

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pegawai Eksekutif Mildef, Datuk Seri Mohd Nizam Kasa berkata, Tarantula ialah sejenis spesies labah-labah berbulu dan bertaring yang berupaya membunuh haiwan yang lebih besar daripadanya. 

Serangga beracun tersebut katanya, boleh ditemui di kawasan tropika dan padang pasir di seluruh dunia.

Menurut beliau, tempoh pengkajian dan pembangunan Tarantula HMAV 4X4 mengambil masa empat tahun dan menelan belanja sebanyak RM16 juta, melibatkan tenaga140 anak tempatan.

“Keunikan Tarantula adalah ia direka cipta mengikut kesesuaian iklim dan kelembapan cuaca negara kita, mengikut acuan kita. Ia tidak seperti kenderaan ketenteraan yang dihasilkan oleh negara-negara lain yang iklimnya tidak sama seperti negara kita.

“Buat masa ini kita hanya ada dua unit saja. Namun, setiap tahun Mildef berkapasiti untuk mengeluarkan sebanyak 40 buah Tarantula HMAV 4X4,” kata Mohd Nizam pada sidang media itu.

Tarantula HMAV 4x4 dilengkap dengan perisai bahagian bawah Tahap 2B Stanag 4569 dan perlindungan perisai badan Tahap 2B Stanag 4569 untuk melindungi penumpangnya.

Selain itu ia turut dipasang dengan sistem persenjataan moden seperti pelancar grenade dan Remote Control Weapon Station (RCWS) yang membolehkan ia menembak sejauh 360 darjah tanpa perlu berhenti bergerak.

Untuk memastikan kadar mobiliti yang tinggi, jentera ini mempunyai enjin diesel Caterpillar dengan kadar kuasa 24hp/1tan.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri mengesahkan belum menerima sebarang laporan berhubung kewujudan ejen Korea Utara di negara ini.

"Buat masa ini saya masih belum terima apa-apa laporan berkenaan hal itu," katanya.

Beliau turut meminta soalan berkenaan diajukan kepada Kementerian Luar yang lebih arif dalam hal seumpama itu.

"Lebih baik biar Kementerian Luar yang jawab. Saya tak mahu beri jawapan yang boleh mengeruhkan keadaan.

"Kadang-kadang kita tak tahu betul atau tidak. Mungkin mereka saja nak membesarkan isu," katanya. - Getaran, 2 April 2021

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad