web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


15 Individu, Termasuk 6 Pemimpin MUDA Selesai Beri Keterangan Kepada Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2022 6:01PM

Timbalan Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz ketika sidang media di luar IPD Dang Wangi - Gambar Twitter Parti MUDA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 15 individu termasuk enam pemimpin kanan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini bagi memberi keterangan berhubung penganjuran Perhimpunan Turun Harga Barang Sabtu lalu.

Pemimpin MUDA itu adalah Timbalan Presiden, Amira Aisya Abd Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa; Setiausaha Agung, Amir Abd Hadi dan Naib Presiden, Dr Thanussha Francis Xavier.

Selain itu, Ketua MUDA Perak, Mutalib Uthman serta Pengasas Bersama, Dr Mathen Nair dan Nur Atiqah Umairah.

Sembilan lagi individu dirakam keterangan, termasuk Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Sevan Doraisamy dan wakil Gabungan Gerakan Mahasiswa yang dipercayai bertanggungjawab menganjurkan perhimpunan tersebut.

Semua mereka yang hadir bersama peguam masing-masing masuk ke pekarangan IPD Dang Wangi sekitar jam 2.30 petang.

Menurut wakil kumpulan itu, Mohd Rafiq Shamir, pihaknya memberikan kerjasama baik terhadap pihak polis sepanjang proses siasatan dijalankan.

Katanya, soalan diajukan pihak polis adalah mengenai perhimpunan dianjurkan di depan Kompleks Sogo terbabit. 

“Tetapi kami ingin menyatakan bahawa ini adalah satu bentuk intimidasi kepada kami mahasiswa, NGO (badan bukan kerajaan) dan parti politik untuk menyuarakan pendapat kami.

“Bagaimanapun, kami akan terus menyuarakan pendapat mengenai isu harga barang dan lima tuntutan dibawa pada Sabtu lepas,” katanya ketika ditemui selepas selesai memberikan keterangan di sini.

Semua mereka disiasat mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Terdahulu, Getaran melaporkan seramai 30 individu yang menghadiri perhimpunan itu, dipanggil untuk memberikan keterangan.

Semalam, sembilan pimpinan politik dari pihak pembangkang, termasuk Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli dan ADUN Ketari, Young Syefura Othman hadir ke IPD Dang Wangi untuk dirakam percakapan. - Getaran, 26 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM, Kerajaan Bantah Permohonan MUDA Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

2

Politik 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

3

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Pre Wedding Photoshoot’ Ke? Penampilan Syed Saddiq Untuk Majalah Mewah Dipertikai 

4

Politik 2 tahun yang lalu

MUDA Tak Pernah Mohon Sertai PN – Amir Hadi 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad