web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Misteri Kehilangan Terjawab, Penyelia Keselamatan Maut Kereta Terjunam Sungai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2022 7:06AM

Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain dilaporkan hilang sejak 29 Oktober tahun lepas. - Gambar dari Facebook Izz Anisaa

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Misteri kehilangan seorang penyelia keselamatan sejak sembilan bulan lalu akhirnya terjawab, selepas kenderaan dinaikinya ditemui dalam Sungai Api-Api di Pekan Nenasi, Pahang, tengah hari semalam.

Mangsa, Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain, dilaporkan hilang sejak 29 Oktober tahun lalu selepas keluar dari rumahnya di Pasir Gudang, Johor menuju ke tempat kerja di Kemaman, Terengganu.

Adik mangsa, Nurul Izz Anisah Dzulkarnain berkata, ibu mereka dihubungi orang awam kira-kira jam 12 tengah hari semalam, yang memberitahu ternampak bumbung kereta dipercayai milik mangsa di sungai tersebut.

Menurut beliau, individu tersebut kemudiannya menghubungi pihak bomba untuk proses menaikkan kereta berkenaan, yang mengambil masa beberapa jam sebelum selesai sepenuhnya.

“Polis sahkan ada mayat dalam kereta dan ada baju kerja abang saya.

“Pihak bomba juga telefon ibu saya petang tadi (semalam) maklumkan ada kad pengenalan dan beberapa maklumat lain di dalam kereta,” katanya ketika dihubungi Getaran.

 

UPDATE: ABANG SAYA MUHAMMAD IMAN AQMAR TELAH DITEMUI (23 JULAI 2022) Assalamualaikum semua, mohon semua terus...

Posted by Izz Anisaa on Friday, October 29, 2021

Menurut beliau, mayat abang sulungnya itu dibawa ke Hospital Pekan, Pahang untuk menjalani ujian DNA bagi mengesahkan identitinya.

“Kami sekeluarga redha dengan pemergiannya dan amat bersyukur kerana Allah SWT memberi petunjuk dalam pencarian tersebut,” katanya.

Mengimbau kembali detik kehilangan Muhammad Iman, Izz berkata abangnya pulang ke kampung pada malam 28 Oktober tahun lalu untuk membuat kejutan sambutan hari lahir.

“Keesokan harinya (29 Oktober) sekitar jam 1.30 pagi, dia meninggalkan rumah untuk ke tempat kerjanya di sebuah syarikat kejuruteraan dekat Kemaman, Terengganu dan terus gagal dihubungi sejak itu.

“Kebiasannya apabila dia sampai ke rumah sewa, dia akan menelefon atau meninggalkan pesanan kepada ibu, namun tidak kali ini,” katanya, sebak.

Kenderaan Muhammad Iman ditemui dalam Sungai Api-Api di Pekan Nenasi, Pahang. - Gambar dari media sosial
Kenderaan Muhammad Iman ditemui dalam Sungai Api-Api di Pekan Nenasi, Pahang. - Gambar dari media sosial

Izz memberitahu, ibunya dihubungi seorang rakan sekerja mangsa sekitar jam 10.50 pagi yang memaklumkan bahawa mangsa tidak hadir bertugas seperti dijadualkan.

“Kami sekeluarga selepas itu membuat laporan polis sebagai antara usaha mengesan abang.

“Memang kami berdoa agar abang kembali ke pangkuan keluarga dalam apa jua keadaan sekali pun,” katanya. - Getaran, 24 Julai 2022

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad