web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 23 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lapor Kepada Pihak Berkuasa Jika Islam Dihina, Jangan Ambil Tindakan Sendiri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 5:03PM

Idris Ahmad - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Undang-undang di Malaysia adalah mencukupi untuk digunakan bagi menghukum individu yang menghina kesucian agama Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata sehubungan itu, orang ramai diminta tidak mengambil tindakan sendiri tanpa mengikut lunas undang-undang sedia ada jika kesucian agama Islam dihina oleh pihak tertentu.

“Saya tidak mahu orang awam membuat tindakan mereka sendiri jika mengetahui ada pihak melakukan penghinaan terhadap kesucian agama Islam.

“Pihak berkuasa di negara ini seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan semua agensi penguat kuasa amat cekap dalam melakukan tugas mereka.

“Saya berterima kasih kepada mereka atas tindakan pantas terhadap isu penghinaan terhadap agama Islam yang banyak berlaku kebelakangan ini,” katanya semasa sidang media selepas pelancaran Seminar Lelaki Qawwam peringkat kebangsaan 2022 di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.

Idris berkata punca individu terlibat menghina agama Islam adalah disebabkan oleh banyak faktor terutamanya masalah mental si pelaku.

“Secara normalnya jika seseorang yang waras sama ada dari kalangan orang Islam atau sebagainya mereka tidak akan sewenangnya cuba untuk mengaibkan agama secara rela,” katanya.

Menurut Idris pihaknya juga sentiasa berusaha membuat penyelesaian jangka panjang tentang isu itu dengan dua kaedah.

“Pertama kita cuba untuk memberikan pendidikan seperti usaha dakwah, turun ke lapangan, menganjurkan majlis kefahaman agama seperti hari ini dan sebagainya kepada orang awam.

“Keduanya ialah sistem hukuman itu sendiri yang mana pesalah perlu dihukum mengikut undang-undang sedia ada,” katanya.

Seminar Lelaki Qawwam adalah usaha memperkasa peranan lelaki khususnya lelaki muslim, sebagai pemimpin, pelindung serta pembela keluarga dan masyarakat.

Sebelum ini, hangat diperkatakan tentang beberapa individu yang menghina agama Islam dan reaksi orang ramai.

Terbaharu sebuah kelab komedi yang menjadi lokasi seorang wanita menanggalkan baju kurung dan tudung ketika membuat persembahan komediri dan premis berkenaan juga disimbah cat oleh dua lelaki. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

2

Pendidikan 4 minggu yang lalu

Mata Pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu Kekal Syarat Wajib Ke IPTA - Zambry

3

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Insentif RM100,000 Kepada 5 MRSM Terbaik SPM 2025

4

Pendidikan 2 bulan yang lalu

SPM 2025: GPN Bertambah Baik, Jumlah Calon Cemerlang Meningkat

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad