web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


AGS 2021 Lulus, MP Zahir Ucapan Tahniah Kepada KPWKM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2022 7:40PM

Rina bercakap pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hasil usaha penggubalan dan libat urus yang dilakukan sejak 2011, Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual 2021 (AGS2021) akhirnya diluluskan Dewan Rakyat hari ini.

AGS 2021, yang mengandungi empat bahagian, empat bab dan 27 fasal, diharap berupaya menangani isu gangguan seksual di Malaysia yang belum memiliki undang-undang khusus berhubung gangguan seksual.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rina Harun ketika menggulung AGS 2021 berkata rang undang-undang itu adalah manifestasi penting dan membuktikan komitmen kerajaan dalam usaha menghapuskan diskriminasi berasaskan gender.

Beliau berkata satu jawatankuasa penilaian dianggotai individu daripada kalangan wakil badan bukan kerajaan (NGO, ahli akademik dan agensi berkaitan akan diwujudkan bagi memantau keberkesanan rang undang-undang itu serta mengeluarkan laporan mengenainya.

Rina memberi jaminan anggota tribunal akan dilantik daripada kalangan individu yang mempunyai kredibiliti, pengalaman dan kepakaran dalam menangani kes gangguan seksual termasuk pegawai polis, kaunselor, pegawai kesihatan, doktor, NGO dan ahli akademik.

Menyentuh hal pengoperasian, Rina berkata tribunal itu, yang pada awalnya akan diwujudkan di Lembah Klang, boleh bersidang pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat mengikut keperluan bagi memudahkan masyarakat sebelum ia diperluas ke semua negeri.

Beliau berkata pengoperasian tribunal akan mempertimbang pandangan semua pihak berkepentingan di samping memperhebat usaha pendidikan dan kesedaran kepada golongan sasar.

Katanya pembangunan dasar atau pengeluaran garis panduan berhubung pencegahan atau kesedaran tentang gangguan seksual akan dilaksana.

“Ini termasuklah menggalakkan aktiviti atau menyediakan notis berkaitan pencegahan atau kesedaran tentang gangguan seksual.

“Pemakaian notis adalah tidak bersifat menghukum tetapi lebih kepada memberi kesedaran mengenai gangguan seksual, implikasi serta cara mencegahnya,” kata Rina.

Sementara itu, rata-rata Ahli Parlimen kerajaan serta pembangkang ketika membahaskan rang undang-undang tersebut senada menzahirkan ucapan tahniah dan sokongan kepada KPWKM kerana berjaya membentangkan AGS 2021.

Antaranya Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) yang menyifatkan pembentangan AGS 2021 membuktikan kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap gangguan seksual di Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita dan Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial itu berkata mewujudkan definisi gangguan seksual yang luas termasuk lisan, bukan lisan, visual, isyarat dan fizikal menerusi rang undang-undang itu bagi melindungi mangsa gangguan seksual adalah langkah tepat.

Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya) pula berkata AGS 2021 adalah lambang kemenangan kepada kumpulan aktivis dan NGO berkaitan yang selama ini menyuarakan isu gangguan seksual.

“Gangguan seksual bukan hal remeh, ia sering kali dianggap gurauan, dengan adanya rang undang-undang ini, ia memberikan hak untuk wanita berasa selamat di mana jua mereka berada,” katanya.

Bagi Fuziah Salleh (PH-Kuantan), KPWKM perlu memberi tumpuan kepada usaha mendidik rakyat Malaysia mengenai rang undang-undang itu dan memanfaatkan peruntukan yang disediakan.

Sementara itu, Rina dalam sidang media di Bangunan Parlimen berharap memperoleh peruntukan kewangan untuk pelaksanaan kerja-kerja awal rang undang-undang itu dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentang pada Oktober.

Katanya peruntukan itu termasuk pembiayaan jerayawara bagi memberi pendedahan dan pendidikan kepada orang ramai dan menyediakan struktur tribunal berkaitan.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penggubalan rang undang-undang itu termasuk seluruh kepimpinan kementerian, agensi kerajaan dan NGO. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

2

Semasa 2 tahun yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kajian SSPA Ambil Kira Waktu Kerja Penjawat Awam Wanita - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi