web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SPRM Tidak Pernah Salah Guna Kuasa Kenakan Syed Saddiq - Pegawai Penyiasat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2022 6:42PM

Syed Saddiq (kanan) hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa agensi tersebut tidak pernah menyalahgunakan kuasanya untuk mengenakan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung siasatan kehilangan wang berjumlah RM250,000 di kediaman Ahli Parlimen Muar itu.

Muhamad Khairi Muhamad Rodi, 33, berkata sebaliknya siasatan dijalankan bagi mencari sumber wang yang dilaporkan hilang selain untuk mengetahui sama ada terdapat kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.

Saksi pendakwaan ke-23 itu berkata sebarang aduan dan maklumat yang diterima oleh SPRM akan disiasat terlebih dahulu dan oleh yang demikian, tiada seksyen spesifik di bawah Akta SPRM diletak ketika aduan dibuat.

“Saya tidak setuju siasatan ini adalah untuk kenakan YB Syed Saddiq kerana apa jua aduan dan maklumat yang diterima, kami akan teruskan dengan siasatan. Jadi, tiada siasatan terpilih atau siasatan untuk mengenakan orang di dalam kes ini.

“Saya pergi ke rumah YB Syed Saddiq untuk mendapatkan dokumen atau maklumat yang boleh membantu siasatan saya ketika itu,” katanya ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin pada perbicaraan kes Syed Saddiq yang berdepan empat pertuduhan pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram.

Muhamad Khairi berkata beliau serta beberapa pegawai SPRM telah ke rumah ahli politik tersebut pada 5.45 petang 31 Mac 2020 untuk menjalankan siasatan dan ketika itu, Syed Saddiq serta ibu bapanya berada di rumah.

Terdahulu, ketika pemeriksaan balas oleh peguam Gobind Singh Deo, saksi itu menafikan bahawa beliau sengaja ‘mencari kes’ terhadap Syed Saddiq sedangkan tiada kes terhadap ahli politik tersebut.

Kepada soalan lain, beliau berkata aduan yang dibuka terhadap Syed Saddiq di bawah Akta SPRM 2009 adalah secara am namun siasatannya menjurus kepada Seksyen 27 Akta SPRM 2009 iaitu berkaitan laporan palsu.

“Sebanyak tiga kertas siasatan dibuka melibatkan kes Syed Saddiq dan satu daripada siasatan itu (kehilangan wang RM250,000) saya kendalikan,” katanya sambil menambah setiap siasatan yang dilakukan adalah berdasarkan arahan pegawai atasan dan perlu dilaporkan kepada pihak atasan.

Syed Saddiq, 29, didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali iaitu Penolong Bendahari Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.

Bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalahgunakan RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk diri sendiri dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 hingga 21 April 2018.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid bersambung esok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 22 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad