web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Individu Sihat 50 Hingga 59 Tahun Boleh Ambil ‘Booster’ Kedua

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2022 3:17PM

Khairy Jamaluddin - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Individu sihat berumur 50 hingga 59 tahun kini menjadi kumpulan terbaharu disarankan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengambil suntikan dos penggalak kedua COVID-19.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, pengambilan dos tersebut bagaimanapun adalah pilihan kepada kumpulan berkenaan sebagai usaha melindungi diri daripada risiko penyakit teruk.

“Bagi pemberian dos penggalak kedua, kita telah syorkan kepada individu berusia 60 tahun ke atas dan juga mereka yang berisiko tinggi iaitu 18 hingga 59 tahun.

“Hari ini saya ingin mengumumkan individu yang sihat berumur 50 hingga 59 tahun juga boleh diberikan vaksin dos kedua jika mereka memilih berbuat demikian,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Khairy berkata, trend peningkatan jangkitan harian COVID-19 di negara ini berpunca daripada subvarian terbaharu BA.5 yang turut berlaku di negara lain seperti Singapura, Afrika Selatan dan Eropah.

Menurut beliau, peningkatan itu mula dikesan sejak pertengahan Jun lalu berdasarkan jangkitan baru melebihi 2,000 kes dan terus meningkat sehingga hari ini.

“Berdasarkan hasil survelan genom SARS-CoV-2 yang dilaksanakan oleh ahli-ahli Konsortium IMR-KPT-MGVI serta hasil penyumberluaran perkhidmatan penjujukan genom SARS-CoV-2, didapati bahawa trend kenaikan kes melibatkan varian BA.5.

“Varian itu mempunyai dua ciri utama iaitu kadar jangkitan yang lebih tinggi berbanding dengan sub-varian Omicron. Ia turut mempunyai kerintangan lebih tinggi terhadap antibodi dihasilkan vaksin COVID-19 dan boleh menyebabkan jangkitan semula,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang dikemukakan Rubiah Wang (GPS- Kota Samarahan) berhubung keadaan terkini ancaman varian baharu Covid-19 dan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menghadapinya.

Susulan itu, Khairy berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mempersiapkan beberapa langkah proaktif antaranya mengaktifkan semula National COVID-19 Rapid Response Task Force (RRTF) apabila peningkatan kes COVID-19 mencapai suatu nilai ambang yang dikenal pasti.

Katanya, pasukan RRTF ini ditubuhkan bagi mengelakkan krisis apabila sistem kesihatan di Malaysia semakin dibebani dengan lambakan kes COVID-19.  

“Selain itu, penggunaan ubat antiviral Paxlovid turut diperkenalkan ke dalam COVID-19 Clinical Care Pathway sejak 15 April lalu dalam kalangan pesakit yang menerima rawatan di Klinik Kesihatan, CAC, PKRC dan hospital KKM.

“Ubat ini merupakan ubat antiviral oral pertama di Malaysia untuk merawat pesakit COVID-19 yang mengalami gejala ringan hingga sederhana, atau pun kategori 2 dan kategori 3. Keutamaan pemberian rawatan ini adalah kepada kumpulan pesakit COVID-19 berisiko tinggi,” katanya.

Pada masa sama, Khairy berkata, KKM turut mengukuhkan pengurusan COVID-19 melalui pendigitalan pengurusan kesihatan.

“Perkara ini dilaksanakan dengan menambah baik pengurusan COVID-19 melalui pendekatan FTTIS (Find, Test, Trace, Isolate and Support) yang diautomasikan.

“Melalui pendekatan ini, individu yang menjalani ujian pengesanan COVID-19 kendiri boleh melaporkan keputusan ujian mereka ke dalam aplikasi MySejahtera, selain melakukan ujian tersebut di fasiliti kesihatan,” katanya.

Malah katanya, keputusan ujian akan segera dikemaskini dalam MySejahtera pengguna.  - Getaran, 19 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

4

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 3 jam yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad