web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Presiden KAWAT Meninggal Dunia Akibat Sesak Nafas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2022 9:51AM

Khairul Azlam Mohamad meninggal dunia selepas sesak nafas di kediamannya di Taman Perumahan Permint Perdana di Seberang Takir dekat sini, kira-kira 4.30 pagi tadi. - Gambar ihsan Harakahdaily

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Presiden Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT) Khairul Azlam Mohamad meninggal dunia selepas sesak nafas di kediamannya di Taman Perumahan Permint Perdana di Seberang Takir dekat sini, kira-kira 4.30 pagi tadi.

Menurut isteri Allahyarham, Wan Sabariah Wan Musa, 49, arwah yang berusia 51 tahun meninggal dunia secara mengejut selepas mengadu sakit dada ketika sedang menyiapkan kerja di rumahnya.

"Arwah pulang ke rumah kira-kira pukul 1 pagi tadi dan selepas itu dia sambung buat kerja di rumah.

"Bagaimanapun kira-kira pukul 4 pagi, arwah tiba-tiba mengadu sakit dada dan sesak nafas sebelum tidak sedarkan diri. Ambulans tiba kemudian dan mengesahkan bahawa arwah dah tiada," katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurut Wan Sabariah, sebelum kejadian, Allahyarham Khairul Azlam yang juga Ketua Biro Harakah Terengganu sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit kronik.

Katanya, solat jenazah akan diadakan di Masjid Jamek Tok Jiring pada 11 pagi ini dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Maahad Tahfiz Wan Al Tarbiyyah, Tok Jiring.

Selain isteri, arwah turut meninggalkan sembilan anak yang berusia 10 hingga 25 tahun. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek