web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Syarikat Digalak Bantu Lahir Lebih Banyak Peluang Pekerjaan Untuk OKU

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2022 7:30PM

Datuk Seri M. Saravanan (dua, kanan) bersama Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (tiga, kanan) dan Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed (kanan) menyantuni penerima faedah PERKESO M. Malika, 58, (duduk) - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Kementerian Sumber Manusia mahu lebih banyak syarikat yang berjaya membantu melahirkan peluang pekerjaan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata ketika ini, pihaknya sedang bekerjasama dengan beberapa syarikat besar bagi membantu memberi pekerjaan kepada golongan itu dan ia selari dengan aspirasi kerajaan supaya tiada mana-mana lapisan masyarakat tercicir daripada arus pembangunan.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Flex Pulau Pinang yang telah mengambil inisiatif bekerjasama dengan Perkeso bagi memberi ruang dan peluang kepada OKU untuk mendapatkan peluang pekerjaan kepada golongan itu, saya harap lebih ramai majikan mencontohi inisiatif proaktif tersebut bagi merancakkan penempatan pekerja OKU.

"Maka dengan adanya perjanjian ini, Perkeso akan kenal pasti OKU dan akan dipanjangkan kepada Flex Pulau Pinang untuk memberi peluang pekerjaan dengan memberi temu duga kepada mereka, kita lihat Flex melahirkan suasana seperti ini dan saya yakin syarikat lain jua akan mengikutinya," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Perkeso dan Flex Pulau Pinang di sini hari ini.

Perkeso diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed manakala Flex Pulau Pinang oleh Naib Presidennya P. Viswanathan.

Pada majlis itu, Saravanan turut  merasmikan Hab Satelit MYfutureJobs@Flex.

Antara bidang kerjasama strategik di bawah MoU itu merangkumi aspek penyelidikan dan pengajaran, program kebolehpasaran kerjaya, perkhidmatan pekerjaan menerusi Portal Pekerjaan Negara MYFutureJobs, sesi Training of Trainers (TOT) dan Program Return to Work (RTW) Perkeso.

Viswanathan pula berkata seramai 277 OKU telah mula bekerja di Flex Pulau Pinang sejak program itu diperkenal pada 2018 dan pihaknya menjangkakan lebih ramai lagi akan diambil.

Mohd Kamal Mohd Sidek, 32, yang bekerja di syarikat itu sejak sembilan bulan lepas, berkata Perkeso banyak membantunya termasuk mendapatkan pekerjaan di Flex Pulau Pinang.

"Saya bekerja sebagai operator kilang di sini dan Flex Pulau Pinang banyak bantu golongan seperti kami ...dari segi ruang atau tempat kerja juga sangat selesa kerana syarikat itu memang mengambil berat hal tersebut," katanya.

Lim Guan Chooi, 35, yang bekerja di situ sejak empat tahun lepas sebagai operator pengeluaran dan majikannya melayan mereka sama seperti pekerja normal lain.

"Saya gembira bekerja di sini kerana semua pihak memberi komitmen yang bagus kepada golongan OKU malah mereka juga tidak membezakan layanan terhadap kami... jika pekerja lain dapat anugerah, kami juga akan dapat," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Mangsa Pokok Tumbang Terima Bantuan, Menteri Tanggung Kos Kelas Memandu Anak Mangsa

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kementerian Komunikasi Teliti Mekanisme Terbaik Caruman PERKESO Untuk ‘Stringer’

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Karnival Kerja Wanita MYFuturejobs PERKESO 2024 Tawar 10,000 Peluang Pekerjaan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 3 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek