web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ordinan Baharu Beri Kuasa Kerajaan Guna Dana Tanpa Kelulusan Wakil Rakyat

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2021 7:47AM

Ordinan baharu ini memberi kuasa kepada kerajaan menggunakan dana tanpa kelulusan wakil rakyat dalam tempoh Darurat. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu undang-undang baharu yang membenarkan Perbendaharaan (Kementerian Kewangan), Menteri Besar atau Ketua Menteri meluluskan apa-apa perbelanjaan tambahan atau pengeluaran daripada Kumpulan Wang Disatukan tanpa melalui Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri sepanjang tempoh darurat berkuat kuasa, diwartakan semalam.

Ini berdasarkan Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (Pindaan) 2021, yang berkuat kuasa pada 31 Mac 2021, melalui Warta Kerajaan Persekutuan yang disiarkan Jabatan Peguam Negara hari ini.

Ordinan itu, yang dipinda dengan memasukkan dua seksyen baharu iaitu 10A dan 10B, telah dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Fasal (2B) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Seksyen 10A menyatakan apa-apa perbelanjaan tambahan atau pengeluaran daripada Kumpulan Wang Disatukan, yang mengkehendaki suatu akta atau enakmen atau ketetapan Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri bagi tempoh darurat berkuat kuasa, boleh dibuat dengan kelulusan Perbendaharaan atau Menteri Besar atau Ketua Menteri bagi sesuatu negeri, sebagaimana diperuntuk oleh mana-mana undang-undang bertulis atau arahan perbendaharaan atau pekeliling perbendaharaan.

Seksyen 10B pula menyatakan bagi tempoh darurat berkuat kuasa, peruntukan yang berhubungan dengan penggunaan wang yang diperuntuk dalam perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 (Akta 275) dan perenggan 2(2)(b) Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946 (Akta 188) berkaitan kuasa Dewan Rakyat berhubung soal kewangan, tidak mempunyai kesan.

Ordinan itu dimasyhurkan apabila Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa tindakan serta-merta adalah dikehendaki bagi menjamin dan mengekalkan keselamatan, kehidupan ekonomi serta ketenteraman awam.

Pada 12 Jan lepas, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung pandemik COVID-19 di negara ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 tahun yang lalu

Ordinan, Proklamasi Darurat Parlimen Batu Sapi, Gerik Dan DUN Bugaya Dibatalkan

2

Politik 4 tahun yang lalu

Mesyuarat Khas Dewan Negara Tumpu Urusan Darurat, Tak Timbul Isu Di Luar Dugaan - Rais Yatim

3

Ekonomi 5 tahun yang lalu

FMM: Ordinan Darurat Perlu Permudah Sektor Perniagaan, Kekal Keyakinan Pelabur

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran