Berita Terkini

9 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


FMM: Ordinan Darurat Perlu Permudah Sektor Perniagaan, Kekal Keyakinan Pelabur

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2021 9:29AM

Pekerja-pekerja kilang WRP Asia Pacific Sdn Bhd mematuhi SOP di Kawasan Perusahaan, Bandar Baru Salak Tinggi pada 25 Januari. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa kerajaan untuk menggunakan kuasa di bawah Ordinan Darurat bagi menyokong dan memudahkan sektor perniagaan dan mengekalkan tahap keyakinan pelabur asing dan domestik.

Presiden FMM Tan Sri Soh Thian Lai berkata ia adalah penting pada masa ini supaya perniagaan berupaya mengekalkan operasi, merangsang pemulihan perniagaan dan memelihara sumber pendapatan rakyat.

“Kami bimbang dengan pengumuman Menteri Sumber Manusia (Datuk Seri M Saravanan) pada 18 Februari mengenai pewartaan undang-undang berkaitan perumahan warga asing, yang antaranya mewajibkan majikan untuk memindahkan pekerja ke penginapan sementara dan menanggung semua kos yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Soh berkata, pihak industri percaya bahawa Ordinan Darurat telah digunakan secara tidak sesuai untuk mendesak perubahan di samping mengenakan hukuman keras tanpa mengambil kira usaha dan cabaran yang dihadapi industri dalam melaksanakan penyesuaian yang diperlukan bagi memenuhi keperluan di bawah Akta 446.

Sehubungan itu, beliau berkata FMM telah memohon tempoh penangguhan selama 12 bulan terhadap penguatkuasaan itu untuk membolehkan industri dan pihak berkuasa bekerjasama menyelesaikan perkara ini dengan pelan tindakan yang terperinci daripada industri mengenai strategi pematuhan mereka.

“Perlu diakui bahawa memindahkan pekerja ke penginapan sementara hanyalah satu langkah penyelesaian sementara dan terdapat pertimbangan lain yang perlu diambil kira seperti kos dan logistik atau pengaturan tadbir yang akan menyebabkannya lebih mencabar kepada majikan untuk diuruskan,” katanya.

Beliau berkata FMM juga mahu usaha penguatkuasaan oleh kementerian dan agensi yang diberi kuasa diperkemaskan dan dilaksanakan mengikut garis panduan standard dan selaras dengan keperluan umum undang-undang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

PM Umum Inisiatif Perkasa Agensi Penguatkuasaan Negara

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Isytihar Darurat Jika Cuaca Panas Melampau

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Minat Komuniti Perniagaan Melabur Di Malaysia Bukti Kestabilan Negara - PM

4

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Saksi Pemeteraian MoU Antara Syarikat Malaysia-Arab Saudi

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

NCER Disasar Catat RM367.8 Bilion Pelaburan Direalisasi Menjelang 2030 - PM