web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Umum Inisiatif Perkasa Agensi Penguatkuasaan Negara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2023 8:49PM

Anwar Ibrahim - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beberapa inisiatif baharu bagi memperkasakan operasi agensi penguatkuasaan negara termasuk menyediakan peruntukan RM100 juta bagi memperkukuh kelengkapan penguatkuasaan. 

Inisiatif lain yang diumumkan adalah penambahbaikan Elaun Pakaian Seragam bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) serta kajian bagi memperkasa organisasi dan menambah baik laluan kerjaya kepada Pegawai dan Anggota Skim Penguat Kuasa.

Anwar yang juga Menteri Kewangan telah meminta Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Datuk Johan Mahmood Merican menyegerakan penyaluran peruntukan RM100 juta kepada agensi penguatkuasaan selewat-lewatnya akhir minggu depan.

“Saya setuju dalam enam bulan ini, peruntukan RM100 juta untuk bantu mereka (agensi penguatkuasaan) lengkapkan keperluan di jabatan.

KSP segerakan, harap peruntukan diterima selewatnya akhir minggu depan. Akhir minggu depan iaitu Jumaat depan peruntukan sampai ke semua jabatan. Kalau tidak sampai lapor kepada saya ,” katanya pada program Cakna MADANI Perdana Menteri bersama Agensi Penguatkuasaan yang dihadiri kira-kira 2,400 anggota.

Agensi penguatkuasaan negara bakal menerima peruntukan RM100 juta - gambar hiasan
Agensi penguatkuasaan negara bakal menerima peruntukan RM100 juta - gambar hiasan

Anwar berkata Elaun Pakaian Seragam bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) ditambah baik kepada kaedah bekalan Kemudahan Pakaian Seragam di enam agensi dengan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM5,502,780 setahun.

Enam agensi terlibat adalah Angkatan Tentera Malaysia (ATM); Polis Diraja Malaysia (PDRM); Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); Jabatan Penjara Malaysia; Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Jumlah elaun ini kadang diberikan tidak setimpal dan ada yang kena tampung wang sendiri,” katanya.

Anwar berkata kerajaan pimpinannya sentiasa memberi keutamaan terhadap aspek keselamatan dan kebajikan anggota penguat kuasa yang bertugas untuk negara. 

“Beberapa sesi mesyuarat, hal ni (kebajikan dan keselamatan) dibangkitkan apabila kita lihat tindakan seperti APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) dan Jabatan Imigresen di sempadan hadapi risiko tugas dan tekanan.

Kawasan perbatasan kemudahan sangat daif… ini semua diberi perhatian (oleh kerajaan),” katanya yang turut menegaskan tindakan susulan akan diambil. 

Anwar berkata beliau juga akan mengumumkan berita gembira khusus melibatkan aspek perumahan untuk warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sungai Petani pada Sabtu ini.

PM bakal mengumumkan berita gembira membabitkan perumahan PDRM - gambar hiasan
PM bakal mengumumkan berita gembira membabitkan perumahan PDRM - gambar hiasan

Beliau berkata usaha bagi menjaga kebajikan anggota penguatkuasaan lain seperti Jabatan Penjara, Jabatan Kastam dan lain-lain akan diteliti olehnya dalam masa terdekat.   

Sementara itu, Anwar meminta semua anggota agensi penguakuasa  melaksanakan tugas menguatkuasakan undang-undang dengan berani tanpa rasa takut terhadap mana-mana pihak.

“Saya nak penguat kuasa jangan bagi peluang, ada penyeludupan jangan peduli pangkat sebaliknya ikut peraturan dan undang-undang…kalau ada ganggu untuk pertahankan, teks (maklum) saya,” katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Ketua Pesuruhjaya (KP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dan pasukan SPRM kerana tegas dalam isu rasuah dan salah guna kuasa. 

“Keberanian ini tidak mudah (tentang rasuah)… berdepan orang seperti pengarah besar yang macam-macam mereka boleh kawal,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamed.

Anwar dalam pada itu berkata budaya lama dalam perkhidmatan awam termasuk di agensi penguatkuasaan yang membabitkan ketirisan, elemen campur tangan dan pelanggaran undang-undang mesti diperbetulkan untuk menyelamatkan negara.

"Saya yakin kalau nak selamatkan negara perlu ada anjakan dari cara lama, yang baik (cara) kekalkan tetapi cara lama melibatkan ketirisan, campur tangan dan langgar peraturan itu mesti dibetulkan," katanya.

Anwar berkata tekad politik beliau adalah setegas mungkin menolak rasuah dan penyelewengan malah tindakan tegas itu tidak disenangi pihak lain. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 11 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad