web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mesyuarat Khas Dewan Negara Tumpu Urusan Darurat, Tak Timbul Isu Di Luar Dugaan - Rais Yatim

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2021 2:43PM

Rais Yatim - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Khas Dewan Negara yang dijadualkan pada 3 hingga 5 Ogos ini akan memberi tumpuan kepada urusan penerangan serta pembentangan Proklamasi Darurat dan tidak timbul isu-isu usul di luar dugaan.

Yang Dipertua Dewan Negara Senator Tan Sri Dr Rais Yatim berkata sebarang persoalan, penjelasan atau hak penerangan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Negara akan dipertimbangkan mengikut kerelevanannya.

“Urusan-urusan yang telah ditetapkan adalah membentangkan Proklamasi Darurat, Ordinan-ordinan Darurat yang dibuat di bawah Proklamasi Darurat itu mengikut Perkara 150 (3), Perlembagaan Persekutuan, membentangkan Proklamasi Darurat (mengenai Pilihan Raya Parlimen Gerik, Perak, Pilihan Raya Negeri Bugaya, Sabah).

“Urusan lain yang ditetapkan adalah penerangan daripada menteri-menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 13(1)(i), peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara berhubung Pelan Pemulihan Negara, program vaksinasi, pelaksanaan darurat dan pakej-pakej bantuan ekonomi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rais berkata beliau dimaklumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku ketua majlis bahawa mesyuarat khas tersebut mustahak diadakan kerana ia adalah bagi faedah orang ramai dan perlu diadakan lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan.

Rais berkata pemakluman Muhyiddin itu adalah selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 10 (3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara.

Selain itu, beliau menjelaskan persidangan khas itu adalah di luar kuat kuasa tempoh darurat dan Peraturan Mesyuarat biasa akan dikuatkuasakan dalam menjalankan prosedur persidangan sepanjang persidangan tersebut.

Rais berkata bagi memastikan mesyuarat khas itu berlangsung dalam keadaan selamat, segala prosedur operasi standard (SOP) ketat anti-COVID-19 yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan dikuatkuasakan sepanjang masa.

Setiausaha Dewan Negara Muhd Sujairi Abdullah akan menyusul dengan mengeluarkan pemberitahu berkenaan mesyuarat khas itu kepada semua Ahli Dewan Negara.

Dalam perkembangan lain, empat Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim, hari ini.

Mereka ialah Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin, Datuk John Ambrose, Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee dan Datuk Bobbey Ah Fang Suan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Reformasi MITRA Berjaya Dilaksanakan Di Bawah Kepimpinan Anwar - Ramanan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Pelantikan Mutang Tagal Sebagai Yang Dipertua Dewan Negara

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dewan Negara Lulus Usul Kajian Separuh Penggal RMK12

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kalimah 'Wallahi Wabillahi Watallahi' Tidak Pernah Diguna Dalam Peruntukan Angkat Sumpah

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad