web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Ucap Tahniah Pelantikan Mutang Tagal Sebagai Yang Dipertua Dewan Negara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2024 8:57PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Mutang Tagal yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-20, hari ini.

Menerusi perkongsian di Facebook beliau, Anwar berharap bekas Ahli Parlimen Bukit Mas itu dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin.

Menurut Anwar, pelantikan Mutang yang berasal dari Lawas, Sarawak mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemimpin pertama dari etnik Lun Bawang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara.

"Pelantikan ini juga membuktikan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam mengiktiraf dan memastikan ruang suara, pandangan dan perwakilan daripada setiap kalangan rakyat, termasuk orang Ulu di Parlimen," katanya.

Mutang menggantikan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang meletakkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Dewan Negara dan kemudian dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak pada 26 Januari lalu.

Pada Mesyuarat Khas Penggal Kedua Parlimen ke-15 Dewan Negara yang berlangsung hari ini, Anwar mengemukakan nama Mutang yang juga calon tunggal sebagai cadangan nama ahli untuk dipilih ke jawatan itu.

Mutang, 69, yang pernah menjadi Ahli Parlimen Bukit Mas dari 1982 hingga 1990, memiliki Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Curtin University dan kini menjawat beberapa jawatan, antaranya Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Orang Ulu (OUCCI), Penasihat Undang-undang Persatuan Lun Bawang Sarawak dan Naib Presiden Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Mendiang Mutang Dikebumi Isnin

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mutang Pemimpin Dalam Kelas Tersendiri, Gigih Bangunkan Negeri Sarawak

3

Politik 4 tahun yang lalu

Mesyuarat Khas Dewan Negara Tumpu Urusan Darurat, Tak Timbul Isu Di Luar Dugaan - Rais Yatim

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 21 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar