web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mutang Pemimpin Dalam Kelas Tersendiri, Gigih Bangunkan Negeri Sarawak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2024 5:16PM

Mendiang Datuk Mutang Tagal anak Dayak pertama dilantik sebagai Speaker Dewan Negara. – Gambar Facebook.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mencipta sejarah sebagai anak Dayak pertama dilantik menyandang portfolio Speaker Dewan Negara, mendiang Datuk Mutang Tagal sememangnya pemimpin yang berada dalam kelas tersendiri.

Terkenal sebagai pemimpin yang lemah lembut tetapi tegas, pemergian mendiang memalit duka yang amat besar kepada seluruh negeri Sarawak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusan takziah berkata, pemergian mendiang pastinya satu kehilangan besar buat negara dan Sarawak.

“Takziah buat keluarga mendiang Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, yang telah menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.

“Segala jasa dan pengorbanannya pasti dikenang rakyat selama-selamanya. Semoga keluarga mendiang tabah berdepan dugaan ini,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, kehilangan Mutang tiada gantinya.

Jelas Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) itu, mendiang amat disegani kawan dan lawan, malah memainkan peranan penting sebagai wakil rakyat Sarawak.

“Saya speechless... ini ialah satu kehilangan yang amat besar buat negeri Sarawak.

“Mendiang Mutang amat dihormati kerana kesungguhannya membangunkan Sarawak dan setia berkhidmat untuk rakyat tanpa pernah mengenal lelah,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Beliau berkata, pemergian Mutang memberi kesan yang amat dalam kepadanya.

“Terlalu banyak yang saya pelajari daripada beliau selama ini. Tak mungkin saya boleh lupakan selagi hayat dikandung badan,” katanya.

Mendiang Mutang menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.46 pagi tadi ketika masih menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Beliau meninggalkan seorang balu dan tiga anak. - Getaran, 10 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Mendiang Mutang Dikebumi Isnin

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Pelantikan Mutang Tagal Sebagai Yang Dipertua Dewan Negara

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad