web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hina Islam: Amy Bakal Dihadap Ke Mahkamah Syariah Dalam Waktu Terdekat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2022 11:15AM

Siti Nuramira Abdullah akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur dalam masa terdekat - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Selepas ke Mahkamah Sesyen, wanita yang mencetuskan kontroversi apabila didakwa menghina Islam ketika membuat persembahan komedi di sebuah kelab di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), baru-baru ini, Siti Nuramira Abdullah akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur dalam masa terdekat. 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary ketika dihubungi Getaran mengesahkan perkara tersebut. 

Bagaimanapun, beliau tidak memaklumkan tarikh sebenar Siti Nuramira, 26, akan dihadapkan ke mahkamah berkenaan atas kesalahan mencetuskan sensitiviti terhadap umat Islam. 

“Pendakwaan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini. Kita akan mengambil tindakan berasaskan undang-undang sedia ada. 

“Ini kerana kerajaan tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan menghina agama yang akan menggugat keharmonian dan perpaduan kaum,” katanya. 

Ahmad Marzuk berkata, wanita terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 (Akta 559).

Terdahulu, Siti Nuramira mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menghina Islam semasa persembahan komedi ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen kelmarin, mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan. 

Dia membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Susulan daripada pengakuan tersebut, Siti Aminah mengarahkan tertuduh dijamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan, iaitu tertuduh perlu hadir melaporkan diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields setiap bulan, menyerahkan pasport dan tidak memuat naik sebarang kenyataan berhubung prosiding di platform media sosialnya.

Mengikut pendakwaan, Siti Nuramira atau Amy ketika persembahan itu mengaku bahawa dirinya seorang Muslim dan menghafaz 15 juzuk Al Quran.

Tertuduh kemudiannya bertindak menanggalkan tudung dan baju kurung ketika persembahan di pentas premis hiburan, sekali gus boleh menyebabkan suasana tidak harmoni atas alasan agama.

Kesalahan tersebut dilapor dilakukan pada 4 Jun lalu, sekitar jam 6 petang bertempat di Restoran Crack House Comedy Club, Tingkat 1, 24 Lorong Rahim Kajai 14, TTDI, di sini. - Getaran, 15 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Jawatankuasa Khas Perkasa Mahkamah Syariah Terbuka Terima Pandangan Parti Politik - PM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Syariah, Undang-Undang Islam Tidak Akan Terkubur - Ketua Hakim Negara

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Keputusan Kes Nik Elin Tidak Jejas Mahkamah Syariah - Mohd Na'im

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Lesen Perniagaan Dibatal, Pemilik Crackhouse Tarik Semula Permohonan Cabar DBKL

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad