web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Optimis Pertumbuhan Malaysia Positif Pada Tahun Ini - Tengku Zafrul

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 3:53PM

Tengku Zafrul - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan amat optimis bahawa Malaysia akan terus mencatatkan pertumbuhan positif pada tahun ini berikutan kepelbagaian ekonomi negara berdasarkan data terkini yang positif daripada agensi antarabangsa terkemuka, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

“Kita lihat Amerika Syarikat (AS) dan ekonomi global, (mereka) berada di bawah tekanan dan berdasarkan anggaran penganalisis, kita telah menyaksikan suku kedua (yang) agak teruk.

“Bagi Malaysia, kita telah menyaksikan pertumbuhan suku kedua yang kukuh dan untuk suku ketiga, kami berasakan momentum akan berada pada pertumbuhan untuk negara tetapi kita perlu ingat kesan asas pada suku ketiga tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Kemudahan Insurans dan Takaful i-Lindung di sini hari ini.

Tengku Zafrul berkata data menunjukkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia antara 5.3 peratus dan 6.3 peratus pada 2022 masih berada di landasan.

“Ini sekali lagi bukan hanya daripada saya, Kementerian Kewangan atau Bank Negara Malaysia, tetapi S&P Global Ratings, yang telah meningkatkan prospek untuk Malaysia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang mengesahkan angka pertumbuhan tersebut.

“Kita terjejas dengan kelembapan ekonomi AS. Ia menjadi amat cair, justeru, sebagai negara perdagangan, ekonomi terbuka dan juga kecil, kita perlu memantau pertumbuhan di peringkat global,” katanya.

Beliau berkata walaupun angka pertumbuhan mengikut sektor dilihat tidak sekata, sektor tertentu seperti minyak sawit, minyak dan gas serta pembuatan mencatatkan prestasi yang baik setakat ini.

Selain itu, katanya kerajaan melalui dasar fiskal perlu memainkan peranan untuk memastikan ekonomi berada di landasan yang tepat.

Bagaimanapun, Tengku Zafrul berkata Malaysia, bersama dengan negara lain, perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan, termasuk kemelesetan global.

Mengenai ruang fiskal, katanya Malaysia masih berada dalam kedudukan yang lebih baik berbanding tahun lepas, berdasarkan pertumbuhan ekonomi dan harga komoditi yang meningkat.

“Kerajaan menyedari mengenai kebimbangan itu dan telah menyaksikan impak daripada apa yang berlaku di peringkat global kepada Malaysia,” katanya, sambil menambah bahawa kerajaan baru-baru ini telah menaikkan Bantuan Keluarga Malaysia, bantuan tunai langsung yang terbesar, mencecah RM8 bilion setakat ini.

Oleh itu, beliau menegaskan bahawa ruang fiskal perlu diteruskan dan kerajaan sedang mengkaji cara untuk menjimatkan wang bagi memastikan dana dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan sokongan kerajaan.

“Buat masa ini, defisit fiskal akan terus berada dalam julat 6.0 peratus seperti yang disasarkan dan kami akan terus memantaunya,” katanya sambil menambah hutang statutori Malaysia masih di bawah had yang diluluskan sejajar dengan sasaran defisit. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 3 minggu yang lalu

Tekanan Industri, Ekonomi Semakin Meruncing, Konflik Global Ancam Sektor Pengeluaran

2

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Tekanan Pasaran Kian Meningkat, Amalan Pengendalian Kargo Jadi Kebimbangan

3

Ekonomi 4 bulan yang lalu

AMCRA Mampu Ubah Struktur Industri Pemulihan Kredit, Bantu Lindungi Maruah Peminjam

4

Ekonomi 4 bulan yang lalu

Penubuhan AMCRA Langkah Penting, Wujud Interaksi Profesional Antara Pemiutang Dan Peminjam

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar