web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangkitan Harian COVID-19 Kembali Menurun, Catat 5 Kematian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 11:30AM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angka jangkitan COVID-19 dalam negara kembali menurun dengan 2,417 kes baharu direkodkan semalam, berbanding 3,264 kes kelmarin.

Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan meningkat kepada 4,598,391 kes setakat ini.

Jumlah direkodkan itu membabitkan 2,413 kes tempatan dan empat kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sebanyak lima lagi korban COVID-19 direkodkan semalam dengan dua kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kematian tertinggi direkodkan di Pulau Pinang dengan dua kes diikuti Johor, Perak dan Selangor masing-masing satu kes.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 35,816 setakat ini dengan 7,595 daripadanya adalah kes BID.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 35,758 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah kes aktif itu, 96.6 peratus atau 34,526 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, 20 kes dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), sementara 1,164 orang atau 3.3 peratus menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 48 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 25 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat 2,536 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,526,817 kes. - Getaran, 12 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek