web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


IPD Ranau Bantu Pelajar Dapatkan Internet

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 Jan 2021 12:27PM

Pelajar-pelajar Kampung Gana, Ranau, menggunakan meja dan khemah yang disediakan oleh PDRM. Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RANAU – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau mengambil inisiatif membersihkan kawasan dan membina khemah di atas bukit setinggi 100 meter di Kampung Paus di sini bagi membantu pelajar mendapatkan capaian internet untuk mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Ketua Polis Daerah Ranau DSP Sammy Newton berkata ketiadaan isyarat internet yang baik di kampung itu menyukarkan pelajar mengikuti sesi PdPR, justeru pihaknya menyediakan khemah di atas bukit yang juga di dalam ladang kelapa sawit bagi memberi manfaat kepada lebih 30 pelajar di kampung itu.

"Semua peralatan khemah lengkap dengan meja dan kerusi adalah sumbangan daripada pegawai dan anggota IPD Ranau selain menyumbangkan pelitup muka, cecair pensanitasi tangan dan bakul makanan untuk pelajar di situ," katanya kepada Bernama.

Sammy berkata Kampung Paus terletak kira-kira 70 kilometer dari Pekan Ranau dan lebih 20 kilometer dari jalan utama, sehubungan itu bagi memastikan keselamatan pelajar di khemah berkenaan rondaan pemantauan polis dari IPD Ranau juga dijalankan.

Bersesuaian dengan tema 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada', Sammy berkata khemah berkenaan dibina pada Jumaat lepas hasil gotong-royong petugas di IPD Ranau bagi menyediakan keselesaan kepada pelajar dan secara tidak langsung memberi kelegaan kepada ibu bapa pelajar di kampung berkenaan. – Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Sekolah Di Pulau Pinang Dibenarkan PDPR Sepanjang Gangguan Bekalan Air

2

TARA 3 tahun yang lalu

Percutian Ekopelancongan Di Selangor? Resort Taman Eko Rimba Komanwel Pilihan Yang Tepat

3

Semasa 3 tahun yang lalu

KKM Setuju Pinda RUU Kawal Produk Tembakau, Kurangkan Denda Ke RM500

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Pengoperasian Sekolah, Ibu Bapa Beri Reaksi Berbeza, Ramai Bantah PdPR

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran