Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Percutian Ekopelancongan Di Selangor? Resort Taman Eko Rimba Komanwel Pilihan Yang Tepat

Menggabungkan hutan tebal berserta taman berlandskap yang menyediakan pemandangan panorama, susunan formal serta 14 tarikan yang lain ada disediakan dia Resort Taman Eko Rimba Komanwel.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2022 7:02PM

Banyak aktiviti menarik disediakan Resort Taman Eko Rimba Komanwel di Rawang - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Resort Taman Eko Rimba Komanwel di Rawang menjadi pilihan Tourism Selangor sebagai salah satu lokasi percutian dengan memperkenalkan pelbagai tarikan yang berkonsepkan ekopelancongan. Antara aktiviti yang ada ialah glamping, jungle trekking, ATV, berkayak dan banyak lagi. 

Terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong kira-kira 24km ke utara pusat bandar Kuala Lumpur, ia merupakan hutan simpan dengan keluasan lebih 260 hektar. Di samping itu, hutan ini berada di bawah kategori spesies hutan hujan tropika tanah rendah.

Kawasan perkhemahan di Resort Taman Eko Rimba Komanwel
Kawasan perkhemahan di Resort Taman Eko Rimba Komanwel

Resort Taman Eko Rimba Komanwel (RTERK) ini diberi nama sempena memperingati Persidangan Hutan Komanwel ke-14 pada tahun 1993. Disarankan untuk bermalam di sini dengan pilihan pelbagai konsep penginapan yang disediakan untuk bermalam.

Sama ada ada ingin tidur di bawah khemah yang dikelilingi hutan dan air sungai atau penginapan moden yang memiliki penghawa dingin.

Ada pelbagai jenis penginapan di sediakan di Resort Taman Eko Rimba Komanwel ini. Pilih saja mahu berkhemah atau selesa di kamar berhawa dingin
Ada pelbagai jenis penginapan di sediakan di Resort Taman Eko Rimba Komanwel ini. Pilih saja mahu berkhemah atau selesa di kamar berhawa dingin

Harga untuk satu malam pula, bagi tapak perkhemahan hanya RM100 manakala bagi resort bermula dari RM230 hingga RM 260 (mengikut jenis bilik). Jadi tiada masalah jika anda merancang untuk bercuti bersama keluarga, rakan-rakan ataupun secara bersendirian untuk menikmati keindahan alam semula jadi.  

Resort ini sesuai untuk percutian bersama keluarga mahupun sahabat-handai
Resort ini sesuai untuk percutian bersama keluarga mahupun sahabat-handai

Taman ini juga menggabungkan hutan tebal serta taman berlandskap yang menyediakan pemandangan panorama, susunan formal serta 14 tarikan yang lain. Antaranya ialah mendaki denai, lawatan kawasan ladang lebah kelulut dan banyak lagi. Ini bagi memberikan pengunjung pengalaman yang indah semasa bercuti di sini.

Anda boleh menunggang ATV untuk meneroka hutan belantara di sini
Anda boleh menunggang ATV untuk meneroka hutan belantara di sini

Bukan itu sahaja, lokasi ini turut menyediakan aktiviti lasak seperti mengembara bersama kenderaan semua rupa bumi (ATV) di trek hutan. Pastinya menarik jika anda menunggang sambil menerokai hutan belantara pada waktu pagi atau petang. 

Selain itu, lokasi ini juga mempunyai kiosk yang menawarkan beberapa barang atau peralatan untuk disewa seperti kamera aksi GoPro, peralatan memasak, khemah dan sebagainya.

Penulis sedang berehat sebentar sambil menikmati ketenangan alam
Penulis sedang berehat sebentar sambil menikmati ketenangan alam

Semasa penulis meninjau kawasan sekeliling dan berehat sebentar di atas 'ponco' yang digantung pada batang pokok, ternyata keadaanya persekitarannya sungguh aman dan amat tenang. Sambil mendengar aliran air sungai, jiwa dan pikiran anda merasa tenteram sehingga terlupa akan kesibukan hal kerja di bandar.

Pengurus Pembangunan Produk dan Pakej Tourism Selangor, Fadhirul Anuar Salleh berkata, setiap pengunjung yang mendaftar masuk perlu menjaga kebersihan dan menyimpan sampah sarap yang dibawa masuk. Oleh sebab itulah, tiada sebarang tong sampah disediakan di seluruh kawasan tersebut.

Fadhirul Anuar Salleh
Fadhirul Anuar Salleh

“Siapa yang membawa masuk sampah, dia sendiri yang perlu menyimpan dan membuangnya di luar kawasan sejurus sahaja meninggalkan tempat ini. Pada permulaannya mungkin agak sukar untuk menerapkan didikan seperti ini kepada pengunjung, tetapi lama-kelamaan ia menunjukkan perubahan yang positif. 

“Tidak mustahil jika ia bermula dan diamalkan dari sini, kita sama-sama dapat membersihkan satu kawasan Selangor,” ujarnya.

“Walaupun air sungai di sini tidak sederas air di tempat lain tetapi kualiti air di sini adalah gred A sebab punca air ini datang dari atas bukit dan terus turun ke bawah menuju kawasan ini,” tambahnya.

RTERK kini diuruskan Future World Avenues Sdn. Bhd. dengan kerjasama erat Kerajaan Negeri, Tourism Selangor Sdn. Bhd. dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor mengalu-alukan kedatangan orang ramai yang ingin menikmati percutian jauh dari kesesakan bandar.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang rasmi  Selangor.travel. - Getaran, 27 Ogos 2022

Isu Pada

Datuk Hadi: Ledakan Meriam Gemparkan Komunis!

27 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Lumpuhkan Sindiket Dadah Rekreasi Terbesar Dalam Negara, Rampas RM14.15 Juta Dadah

3

Politik 1 bulan yang lalu

Selat Klang Isytihar Sokong MB, Ada Rakan Lain Bakal Ikut Jejak?

4

Politik 1 bulan yang lalu

Salur Peruntukan Kepada ADUN Pembangkang, Kerajaan Negeri Selangor Dianggap ‘Tersilap Langkah’

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini