web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sekolah Di Pulau Pinang Dibenarkan PDPR Sepanjang Gangguan Bekalan Air

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2024 7:55PM

Pelajar sekolah di Pulau Pinang akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah sepanjang gangguan bekalan air. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang membenarkan semua sekolah di negeri itu mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) susulan gangguan bekalan air berjadual selama empat hari bermula 10 Januari ini.

Timbalan Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Wan Sajiri Wan Hassan berkata, namun bagi pelajar Tingkatan Lima dan Kolej Pra-Universiti, mereka akan menjalani pembelajaran seperti biasa di sekolah kerana peperiksaan yang telah dijadualkan.

"Kami telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk melaksanakan PdPR di semua sekolah sepanjang tempoh gangguan bekalan air di negeri ini.

"JPN akan mengedar surat makluman berhubung pembelajaran menerusi PdPR kepada pihak sekolah dalam masa terdekat ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Seramai 590,000 pengguna air termasuk bukan domestik dijangka terkesan dengan ketiadaan bekalan susulan penutupan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penggantian dua unit injap 1,200 milimeter (mm) yang rosak.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan gangguan berjadual selama 98 jam itu, bermula 6 pagi 10 Januari hingga 6 pagi 14 Januari, turut membabitkan kerja sampingan lain di 22 lokasi seluruh Pulau Pinang. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

2

Semasa 3 hari yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

3

Semasa 3 hari yang lalu

Bangunan Bekas Pawagam Odeon Musnah Dalam Kebakaran, Seorang Maut

4

Semasa 4 hari yang lalu

Keracunan Gas Karbon Monoksida Punca Lelaki Maut Dalam Kereta

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kemalangan Maut Simpang Renggam: Jenazah 4 Sekeluarga Selamat Dikebumikan

Semasa 9 jam yang lalu

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

Semasa 10 jam yang lalu

2 Beradik Maut Rumah Terbakar

oleh Wartawan Gaya Hidup