web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Tipu Pakej Haji: Polis Tahan Lima Individu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2022 7:00AM

Lima termasuk dua wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tipu tawaran pakej haji dan visa yang tidak wujud - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lima termasuk dua wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tipu tawaran pakej haji dan visa yang tidak wujud membabitkan hampir 400 bakal jemaah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah dalam kenyataan malam ini berkata kesemua suspek warga tempatan berumur lingkungan 28 hingga 50 tahun itu ditahan setelah polis menerima 18 laporan kes penipuan pakej haji melibatkan kerugian RM683,500 setakat ini.

Menurutnya, satu laporan terbaharu berkenaan dakwaan penipuan pakej haji itu diterima Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Wangsa Maju pada 7 Julai dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ashari Abu berkata siasatan awal mendapati pengadu dalam laporan terbaharu itu mendakwa telah berurusan dengan suspek dari sebuah agensi pelancongan di Taman Danau Kota, Setapak dan telah membayar sebanyak RM35,000 ke akaun bank milik agensi pelancongan berkenaan.

Bagaimanapun agensi tersebut sering menunda tarikh penerbangan ke Makkah dari tarikh asal yang ditetapkan.

"Pada 7 Julai, mangsa telah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum mendapati tiada sebarang tempahan tiket penerbangan ke Makkah dibuat atas nama mereka.

"Agensi berkenaan juga tidak membuat sebarang pemakluman malahan tiada wakil tampil memberi penjelasan berkaitan permasalahan dialami mangsa," katanya. 

Khamis lepas, kira-kira 380 bakal jemaah haji dilaporkan terkandas di KLIA ekoran ditipu sebuah agensi pelancongan yang dipercayai menggunakan visa furada dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PPKL TH Nadi Keselamatan Jemaah Haji Di Kota Suci

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Projek Aerotrain KLIA Dijangka Siap Hujung Januari 2025 – MAHB

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Perkhidmatan ‘Autogate’ Di Pintu Masuk Utama Ditambah Baik - Ruslin

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad