web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Farid Kamil: Mahkamah Rayuan Ketepi Rayuan Pendakwaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2022 6:28PM

Farid Kamil - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menggantikan hukuman penjara 13 bulan kepada denda RM5,000 terhadap pelakon dan pengarah Farid Kamil kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang anggota polis.

Pendakwaan menfailkan rayuan itu dalam usaha mengembalikan hukuman penjara yang dijatuhkan ke atas Farid Kamil oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Timbalan Pendakwa Raya Eyu Ghim Siang memohon Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya untuk lanjutan masa bagi membolehkan beliau membetulkan notis rayuan yang tidak mengandungi tandatangan ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara. Beliau berkata ia adalah "kecuaian" di pihak pendakwaan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Hakim Datuk Hanipah Farikullah bagaimanapun menolak permohonan untuk lanjutan masa bagi membetulkan notis rayuan itu dan berkata sudah tiga kali timbalan pendaftar mahkamah memaklumkan kepada pihak pendakwaan berhubung ‘kecacatan’ dalam notis rayuan.

Hakim Hanipah, yang bersidang bersama dengan Hakim Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk M.Gunalan kemudiannya menolak rayuan itu.

Terdahulu peguam Farid Kamil, Hisyam Teh Poh Teik membantah permohonan pihak pendakwaan dengan berkata timbalan pendaftar telah memaklumkan pihak pendakwaan sebanyak tiga kali mengenai kecacatan dalam notis rayuan, tetapi mereka hanya memfailkan permohonan lanjutan masa pada Mei tahun ini, yakni kelewatan selama lima bulan.

Hisyam yang dibantu peguam bersama Kee Wei Lon menggesa mahkamah membatalkan rayuan pihak pendakwaan kerana rayuan di mahkamah itu tidak wajar.

Susulan keputusan Mahkamah Rayuan itu, denda RM5,000 yang dikenakan terhadap Farid Kamil oleh Mahkamah Tinggi kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin untuk menghalang anggota polis itu daripada menjalankan tugasnya, kekal.

Farid Kamil didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret pada 2 Jun 2020 kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap anggota polis itu dan satu lagi pertuduhan mengeluarkan kata-kata tidak sopan terhadap anggota polis yang sama di kaunter pertanyaan balai polis trafik Kota Damansara pada 1.20 tengah hari pada 11 Jan 2018.

Aktor itu dijatuhi hukuman penjara 13 bulan kerana menggunakan kekerasan jenayah dan penjara empat bulan kerana mengeluarkan perkataan tidak sopan. Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak.

Bagaimanapun berikutan rayuan pelakon itu, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 24 Ogos 2021 telah menggantikan hukuman penjara 13 bulan bagi kesalahan menggunakan kekerasan jenayah kepada denda RM5,000, manakala hukuman penjara empat bulan kerana mengeluarkan perkataan tidak sopan digantikan dengan denda RM500.

Pada 5 Jan lepas Farid Kamil gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap sabitan dan hukuman denda RM5,500 yang dikenakan terhadapnya bagi kedua-dua kesalahan itu.

Pada hari yang sama pihak pendakwaan juga gagal dalam permohonan mendapatkan lanjutan masa bagi memfailkan petisyen rayuan terhadap hukuman, menyebabkan pihak pendakwaan tidak dapat meneruskan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menggantikan hukuman penjara empat bulan kepada denda RM500 bagi kesalahan mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 6 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

El Nino: Hujan Dijangka Kuramg Dengan Drastik, Risiko Bencana Alam Sekitar Meningkat 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad