web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Batal Keputusan Sejarah SPM 15 Pelajar, KPM Hormati Keputusan Lembaga Peperiksaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2022 7:59PM

Gambar Hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan menghormati segala keputusan dan prokotol yang telah dipatuhi oleh Lembaga Peperiksaan (LP) berhubung tindakan badan itu membatalkan keputusan subjek Sejarah bagi 15 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata LP adalah lembaga bebas dan selagi ia mematuhi protokol yang ditetapkan, segala keputusan yang dibuat harus dihormati.

"Sekiranya perkara-perkara itu (pembatalan keputusan) telah memenuhi protokol dan peraturan yang ditetapkan LP maka di pihak KPM, kita menghormati keputusan itu.

"LP adalah badan bebas, kalau menteri masuk campur akan cetuskan senario kelam-kabut dalam konteks pelaksanaan peperiksaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Anugerah Penggunaan Digital dan Teknologi (DUTA) 2021 di Bukit Kiara hari ini.

Tular hantaran di Facebook hari ini mengenai surat keputusan LP yang mengekalkan status pembatalan keputusan kertas Sejarah 2 SPM 2021 bagi 15 pelajar sebuah sekolah di Putrajaya.

Menurut hantaran itu, pembatalan keputusan peperiksaan bagi subjek tersebut didakwa adalah berikutan pelajar terbabit yang terbawa masuk telefon bimbit ke dalam dewan peperiksaan.

Sementara itu, mengenai isu sebuah sekolah di Sungai Besi yang menjemput seorang pempengaruh media sosial sebagai penceramah motivasi, Radzi berkata KPM akan meneliti isu tersebut sebelum sebarang ulasan atau tindakan lanjut.

"Saya akan melihat apakah konteks jemputan tersebut… saya masih belum menerima maklumat mendalam mengenai perkara ini.

"KPM tidak dimaklumkan tentang jemputan tersebut, biasanya sekolah akan menjemput penceramah untuk berbincang perkara yang ingin disentuh," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 22 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

2

Pendidikan 4 minggu yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

3

Pendidikan 4 minggu yang lalu

Mata Pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu Kekal Syarat Wajib Ke IPTA - Zambry

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Insentif RM100,000 Kepada 5 MRSM Terbaik SPM 2025

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 22 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran