web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19: Kaji Semula Kebenaran Rentas Daerah Bagi Penerima Dos Kedua

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2021 7:43AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Sudah tiba masanya peraturan pergerakan rentas daerah dikaji semula bagi mereka yang menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19, kata Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Dr Annuar Rapaee.

Bagaimanapun, beliau berkata beberapa faktor perlu dipertimbangkan sebelum Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dan Majlis Keselamatan Negera (MKN) boleh membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu.

Dr Annuar yang merupakan penyelaras JPBN Bahagian Sibu menjelaskan satu daripada faktor adalah jumlah kes COVID-19, yang menurutnya masih tinggi untuk membenarkan pergerakan rentas daerah. 

Satu lagi faktor adalah vaksin Pfizer adalah 95 peratus berkesan dengan sesetengah individu memerlukan masa untuk membina antibodi mereka selepas dos kedua.

“Bilangan petugas barisan hadapan yang telah mengambil dos kedua ialah 129,000 di seluruh negara dan 19,000 di Sarawak. Ia masih sangat minimum,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan penonton yang disiarkan secara langsung di laman Facebook mengenai kemas kini mengenai COVID-19 di Sibu.

Dr. Annuar menggesa orang ramai di Sibu untuk terus bekerjasama dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi meratakan lengkung graf kes COVID-19.

Beliau berkata walaupun semua 31 zon di Sibu telah bertukar ke zon kuning hari ini, lengkung itu masih belum benar-benar rata.

Sibu hari ini merekodkan 33 kes positif COVID-19 manakala 80 pesakit telah discaj dari Hospital Sibu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19 : Bekalan Stok Vaksin Sedia Ada Mencukupi 

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Belgium Akan Musnahkan Hampir 6 Juta Vaksin COVID-19 Yang Luput

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Malaysia Akan Terima 2.7 Juta Vaksin Bivalen Gantian Vaksin Hampir Luput

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad