Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


125 Saksi Dijangka Dipanggil Pendakwaan Dalam Kes Rasuah Guan Eng

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2021 4:15PM

Lim Guan Eng - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 125 orang saksi pendakwaan termasuk beberapa Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang dijangka dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menghadapi empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di negeri itu.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas prosiding pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi hari ini.

“Seramai 125 orang saksi berpotensi untuk dipanggil bagi kes pendakwaan termasuk beberapa orang Exco dari Pulau Pinang. Pihak kami juga telah menyerahkan kesemua dokumen berkaitan kes itu kepada pembelaan hari ini.

“Antara dokumen yang diserahkan ialah laporan forensik telefon, laporan bahagian analisis kewangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan laporan daripada pakar pendakwaan tentang projek yang terlibat,” katanya.

Guan Eng, 60, yang diwakili peguam Sangeet Kaur Deo dikecualikan daripada menghadiri prosiding hari ini.

Terdahulu, Wan Shaharuddin memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah menyerahkan kesemua dokumen yang diperlukan pihak pembelaan sebelum perbicaraan kes itu, yang dijangka bermula pada 8 Jun.

“Kami juga telah menyerahkan senarai saksi berpotensi kepada pihak pembelaan dan satu salinan senarai saksi kepada mahkamah,” katanya.

Sebelum ini, mahkamah telah menetapkan 8 hingga 11 Jun; 12 hingga 16 Julai; 28 dan 29 Julai, 16 hingga 20 Ogos, 6 hingga 10 September, 20 hingga 24 September dan 13 hingga 17 Disember depan untuk perbicaraan kes.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Guan Eng didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3,300,000 dengan mengambil tindakan membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli yang dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang yang bernilai RM6,341,383,702.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul sebagai upah bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011, antara 12.30 tengah malam hingga 2 pagi.

Ahli Parlimen Bagan itu juga dituduh atas dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang yang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri tersebut yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, KOMTAR, pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

3

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Bekas Menteri Pengangkutan Singapura Hadapi 8 Lagi Pertuduhan Baharu

4

Semasa 1 bulan yang lalu

AGC Belum Buat Keputusan Berhubung Representasi Inspektor Sheila Untuk Batal Pertuduhan

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Beban Tugas: KKM Pusat, Negeri Telah Diarah Lihat Semula Sumber Tenaga - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Palsukan Dokumen : Anak Menteri Besar Perlis Antara 6 Direman SPRM

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Semasa 1 hari yang lalu

Sik Dibasahi Hujan, Ribuan Iringi Perjalanan Terakhir ‘Adik Mad’

oleh Rafisqi Radhi