web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKM Keluar 335 Notis Kesalahan Merokok Dalam Operasi Di Ibu Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2022 10:24AM

Sebanyak 335 notis dikeluarkan kepada individu dan pemilik premis oleh KKM atas pelbagai kesalahan merokok, dalam operasi yang diadakan di sekitar ibu negara malam tadi. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan sebanyak 335 notis kepada individu dan pemilik premis atas pelbagai kesalahan merokok membabitkan kompaun berjumlah  RM93,350.

Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit KKM, Datuk Dr Norhayati Rusli berkata kompaun mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 itu dikeluarkan menerusi operasi bersepadu penguatkuasaan tembakau dan hasil tembakau ke atas 263 premis yang diperiksa di sekitar ibu negara, malam tadi.

Beliau berkata daripada jumlah berkenaan, 284 notis dikeluarkan bagi kesalahan pelanggaran peraturan 11(1) PPKHT iaitu kesalahan merokok di kawasan larangan dan 28 notis dikeluarkan di bawah Peraturan 12(1)(b) terhadap pemilik atau penghuni premis yang gagal memastikan tiada kegiatan merokok di dalam premis.

“Selain itu, 14 notis kompaun telah dikeluarkan terhadap tuan premis yang tidak mempamerkan papan tanda larangan merokok manakala tujuh notis lain ialah membabitkan larangan merokok terhadap orang belum dewasa serta masing-masing satu notis kegagalan mempamerkan larangan jualan tembakau kepada bawah umur dan jualan tembakau tanpa amaran kesihatan bergambar,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Operasi bersepadu itu berlangsung selama kira-kira lima jam bermula 6 petang disertai 220 anggota daripada KKM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sementara itu, Dr Norhayati berkata dalam operasi berkenaan, sebanyak 20 karton rokok dan 156 peket rokok tidak bercukai dirampas kastam di bawah Seksyen 135 (1)(a) Akta Kastam 1967 manakala KPDNHEP merampas sebanyak 147 peket rokok tiruan bagi kesalahan dagangan palsu di bawah Seksyen 5, Akta Perihal Dagangan 2011.

“Selain itu, DBKL juga turut mengeluarkan dua notis kompaun bagi kesalahan mengambil atau menggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah dan satu notis kompaun kerana berniaga tanpa lesen,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad