web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dakwa Diganggu Secara Seksual, Wanita Dan Pegawai Polis Disiasat

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2021 4:38PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan siasatan, berhubung dakwaan seorang wanita yang berdepan gangguan seksual ketika melalui satu sekatan jalan raya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali dalam satu kenyataan berkata, pihak polis telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan yang dibuat oleh kedua-dua pihak.

Menurut beliau, satu laporan dibuat semalam oleh seorang pegawai polis, berhubung ciapan seorang pengguna wanita di Twitter, yang mendakwa diganggu secara seksual ketika melalui sekatan jalan raya.

“Wanita terbabit mendakwa, pegawai itu mengeluarkan kata-kata tidak sopan yang berunsur seksual terhadapnya.

“Sehubungan itu, pegawai polis terbabit pada jam 1.35 petang semalam bertindak memfailkan laporan kerana menurut pengadu, dakwaan dibuat wanita berkenaan sama sekali tidak benar,” katanya.

Fadzil menarik perhatian, siasatan akan diteruskan sebaik beroleh Perintah Penyiasat (O.T.I) daripada Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara, sebagaimana peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 108(2) Kanun Prosedur Jenayah.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin dan dirujuk kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk keputusan selanjutnya,” katanya.

Fadzil berkata, pada jam 6 petang hari yang sama, seorang wanita berusia 28 tahun yang juga pemilik akaun Twitter itu tampil membuat laporan atas dakwaan, diganggu seorang pegawai polis secara seksual, ketika melalui sebuah sekatan jalan raya.

“Pada 27 Mac, wanita tersebut memaklumkan sedang dalam perjalanan untuk urusan perniagaan produk minuman bersusu dan diajukan soalan berbaur seksual.

“Pengadu yang marah dengan soalan itu, bertindak menceritakan insiden terbabit menerusi ciapan di Twitter,” katanya.

Fadzil berkata, pegawai polis terbabit menafikan ada mengeluarkan kenyataan  seperti didakwa, sebaliknya pertanyaan dikeluarkan adalah merujuk kepada produk minuman bersusu yang dijual pengadu.

“Petugas lain termasuk Pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berada di lokasi kejadian juga telah disiasat dan menafikan berlakunya gangguan seksual sebagaimana dakwaan wanita tersebut,” katanya lagi.

Fadzil menegaskan, siasatan ke atas perkara itu akan dijalankan secara telus tanpa sebarang kompromi.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis,” katanya. - Getaran, 28 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Saksi Nafi Taruh Hati Pada Ebit Lew 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad