web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sewa Rumah Berpagar, Berpengawal Untuk Edar Dadah, Lelaki Diberkas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2022 7:16PM

Dadah dirampas daripada seorang lelaki warga tempatan yang disyaki mengedah dadah di sekitar Iskandar Puteri, Johor.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Polis memberkas lelaki tempatan selepas disyaki mengedar dadah di sekitar kawasan Iskandar Puteri, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, tindakan suspek menyewa rumah di kawasan berpagar dan berpengawal untuk dijadikan tempat menyimpan dan membungkus dadah, akhirnya dikesan polis.

“Kita menyerbu sebuah rumah di sekitar kawasan Iskandar Puteri kira-kira jam 3.20 petang dan suspek berusia 40 tahun itu ditahan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, selepas disyaki mengedar dadah.

“Dia ditahan polis bersama sejumlah dadah dan hasil ujian saringan awal air kencingnya juga positif methamphetamine,” katanya.

Asisten Komisioner Rahmat Ariffin
Asisten Komisioner Rahmat Ariffin

Menurut Rahmat, modus operasi suspek adalah dengan menyewa rumah gated (berpagar) dan guarded (berpengawal) untuk dijadikan sebagai tempat menyimpan serta membungkus dadah bagi mengaburi pihak polis.  

Katanya, hasil semakan rekod lampau suspek juga mendapati dia mempunyai enam kes jenayah berkaitan dadah.

“Dalam serbuan itu juga, sebanyak 903 gram syabu dianggarkan bernilai RM32,500 dirampas, manakala sebuah kereta Mercedes Benz E250 bernilai kira-kira RM70,000 disita,” jelasnya.

Beliau berkata, suspek kini direman tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Pada masa sama, Rahmat meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis berhubung aktiviti individu disyaki mengedar dadah.

 “Orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkaitan pengedar dadah kepada pihak polis bagi memudahkan kita mengesan dan menangkap mereka,” katanya. - Getaran, 21 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

3

Semasa 2 tahun yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Nelayan, Pembantu Kedai Makan Didakwa Edar Lebih 21Kg Dadah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad