web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kesalahan Ekzos Bising Hanya Dikenakan Tindakan Advokasi Setakat Ini - Menteri Pengangkutan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2021 2:29PM

Wee Ka Siong - Gambar dari Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Buat masa ini, kesalahan menggunakan ekzos bising motosikal hanya akan dikenakan tindakan advokasi, iaitu pengeluaran notis untuk temu siasat, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Ka Siong yang juga Presiden MCA berkata perkara itu telah dimaklumkan oleh beliau kepada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Zailani Hashim agar pesalah tidak dikenakan tindakan saman.

“Saya telah meneliti ucapan Presiden (UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) termasuk pandangan beliau tentang penguatkuasaan terhadap ekzos bising motosikal.

“Saya ingin maklumkan bahawa MOT (Kementerian Pengangkutan) telah membuat satu keputusan, bahawa pada peringkat ini lebih elok tumpukan kepada pendekatan advokasi iaitu dikeluarkan Notis 114 daripada tindakan saman,” katanya kepada media selepas menghadiri perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2020, di sini hari ini.

Notis 114 ialah notis panggilan temu siasat dan mereka yang menerima notis itu perlu tampil memberikan keterangan di mana-mana cawangan JPJ untuk membantu siasatan.

Dalam  pada itu, Ka Siong berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador telah mengadakan pertemuan dengan  Ketua Pengarah JPJ bagi menyelaraskan tindakan advokasi tersebut memandangkan langkah berkenaan turut melibatkan polis trafik.

Kerajaan sebelum ini menguatkuasakan saman hingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan kepada pemilik motosikal yang mengubah suai kenderaan menggunakan ekzos bising.

Di bawah peruntukan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987, polis diberikan kuasa menyita motosikal bagi mengelakkan kesalahan sama berulang.

Setakat 5 Mac lalu, sebanyak 10,166 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam Operasi Khas Ubah suai Ekzos (bising) di seluruh negara bermula 1 Mac, menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.

Isu itu disentuh oleh Ahmad Zahid dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO pagi tadi yang berkata beliau dimaklumkan tentang motosikal disita kerana ekzos yang diubah suai.

“Janganlah sampai disita. Bagaimana mereka ingin meneruskan survival kehidupan sedangkan itulah satu-satunya kenderaan yang mereka ada untuk mencari rezeki. Apakah kita sudah buta hati, dan kejam, membiarkan kehidupan rakyat terus menerus terbeban? Rakyat kecewa dan terus merana,” kata Ahmad Zahid. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dasar Kabotaj: 72 Jam Untuk Proses Kelulusan Tak Masuk Akal - Jeyenderan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

BJAK Tiada Kebenaran Laksana Khidmat Perbaharui Cukai Jalan - JPJ

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Loke Kongsi Video Papar Komitmen MOT Perkasa Pengangkutan Awam

4

Politik 2 tahun yang lalu

Wee Ka Siong Kekal Presiden MCA

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 7 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad