web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wee Ka Siong Kekal Presiden MCA

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2023 8:12AM

Wee Ka Siong - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mempertahankan jawatan Presiden MCA untuk penggal kedua selepas keputusan rasmi pemilihan ahli jawatankuasa pusat parti itu diumumkan Setiausaha Agung Datuk Chong Sin Woon tengah malam tadi.

Wee yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam memperoleh 569 undi, mengalahkan pesaingnya yang juga bekas ahli jawatankuasa pusat Datuk Tan Chong Seng yang hanya meraih 11 undi.

Bagi jawatan timbalan presiden, Datuk Dr Mah Hang Soon turut mengekalkan jawatannya selepas menang tanpa bertanding.

Sementara itu, jawatan naib presiden pula menyaksikan Ahli Parlimen Tanjung Piai Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng mendapat undian tertinggi dengan sebanyak 496 undi.

Dua penyandang jawatan tersebut turut berjaya mengekalkan jawatan mereka iaitu Datuk Lim Ban Hong yang meraih 477 undi dan Datuk Tan Teik Cheng yang meraih 469 undi, sementara seorang lagi penyandang, Datuk Seri Ti Lian Ker gagal mempertahankan jawatan tersebut apabila sekadar memperoleh 136 undi.

Satu lagi tempat bagi jawatan tersebut diisi Datuk Lawrence Low Ah Keong yang mendapat 470 undi.

Wee ketika ditemui berkata mandat besar yang diberikan perwakilan kepadanya merupakan satu tanggungjawab yang perlu digalas dengan lebih komited bagi mengembalikan kegemilangan parti itu.

“Cabaran kita (MCA) besar dan banyak lagi liku politik yang perlu dilalui tetapi saya yakin dengan pasukan baharu yang dibentuk, kita yakin (akan dapat) merencanakan strategi dan juga pelbagai program untuk memastikan parti ini boleh melakukan sesuatu yang seiring dengan peredaran zaman,” katanya.

Proses pemilihan parti dibuat mengikut Perkara 167 Perlembagaan MCA yang memperuntuk ia perlu diadakan dalam tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Lucut Hak Mengundi Ahli, Exco MCA Langgar Prinsip Demokrasi, Amalkan Nepotisme - SCA

2

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Politik 2 tahun yang lalu

Pilihan Raya PBT Perlu Beri Situasi Menang-Menang - Mohamad Sabu

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Blackpink Terima MBE, Hadiri Jamuan Negara Di Istana Buckingham

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad