web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perlu Ada Rundingan Tentukan Harga Munasabah Ayam, 'RM9.50 Pun Jadilah'

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2022 6:01PM

Harga ayam dijangka naik bulan depan apabila ia diapungkan ekoran berakhirnya skim harga maksimum runcit ayam pada 30 Jun ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Di sebalik langkah penamatan skim harga maksimum runcit ayam yang disifatkan sebagai wajar dilaksanakan, persatuan penternak berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) duduk semeja dengan mereka bagi membincangkan harga munasabah bekalan mentah itu di pasaran dalam masa terdekat.

Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng berkata, rundingan itu penting bagi mencapai kesepakatan mengenai harga baharu ayam yang akan mengambil kira kepentingan semua pihak.

“Memang kaedah pengapungan harga ayam itu wajar dilaksanakan bagi membantu penternak yang terkesan terutamanya akibat peningkatan kos dedak sejak hampir dua tahun lalu.

“Tapi kita harap dapat berbincang dengan kerajaan supaya persefahaman tentang harga itu ada. Kita akan beritahu secara telus kepada kerajaan mengenai kos yang kita tanggung supaya mereka faham masalah kita.

“Jadi harga munasabah perlu ditetapkan menerusi perbincangan bersama itu. Kita nakkan keadilan untuk semua tak kiralah untuk penternak, pemborong, peruncit dan juga pengguna. Harganya juga tidaklah terlalu melampau kerana sekarang waktu sukar, inflasi pun terlalu tinggi,” katanya kepada Getaran.

Gambar oleh Syeda Imran
Gambar oleh Syeda Imran

Pada masa ini, kerajaan menetapkan harga maksimum runcit ayam dan telur bagi Semenanjung Malaysia bagi ayam bulat standard pada RM8.90 sekilogram, ayam bulat super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) pada RM9.90 sekilogram.

Sebelum ini pihak penternak berharap kerajaan mengapungkan harga ayam susulan penamatan subsidi kepada mereka berkuatkuasa 1 Julai depan.

Menurut Jeffrey, kaedah pengapungan ayam lebih wajar dilaksanakan memandangkan penternak menanggung kerugian apabila harga kawalan ditetapkan pada RM8.90 ketika ini.

“Harga kawalan RM8.90 itu menyebabkan ramai penternak mengalami kerugian. Tak pulang modal dan tidak menguntungkan kerana subsidi yang diberikan pun tidak mencukupi.

“Harga ayam kita tahu tak boleh terlalu tinggi dan pada masa sama kita tak mahu orang lain ambil kesempatan terhadap langkah pengapungan harga bekalan mentah itu.

“Semua penternak tahu kos pengeluaran mereka tapi bagi harga jualan saya tak nak komen. Kita kena duduk semeja dengan KPDNHEP kerana mereka tahu kiraaan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penternak Ayam  Negeri Selangor (PPANS), Idrus Zainal Abidin meminta kerajaan agar mempertimbangkan harga ayam dinaikkan kepada RM9.50 sekilogram susulan penamatan skim harga maksimum runcit ayam 30 Jun ini.

Beliau berkata, harga kawalan RM8.90 sudah tidak relevan untuk digunapakai kerana peningkatan kos bahan makanan ayam dan kekurangan tenaga buruh asing yang masih berlanjutan.

“Kami memang tak boleh bagi harga lama. Ia hampir mustahil. Kos dedak sahaja sudah naik empat kali dalam tempoh 18 bulan. Saya rasa mungkin RM9.50 sekilogram pun jadilah. Itu barulah boleh bernafas sedikit.

“Keuntungan seekor ayam untuk dua bulan bersamaan 50 sen sahaja. Dengan harga tu kita dapat cover cost sahaja. Jadi sekarang kita mengharapkan volume sahaja. Ini bukan cakap kosong, kita ada fakta,” katanya.

Menurut Idrus, harga yang dicadangkan itu masih lagi munasabah dan diyakini tidak terlalu membebankan pengguna.

“Pada saya kenaikan harga itu tidaklah terlalu tinggi. Sebagai contoh, harga udang di pasaran RM40 sekilogram pun orang beli. Ikan cencaru dulu RM6 sekilogram, sekarang naik RM10 tapi orang beli juga.

“Tak ada orang bising pun. Ayam memang makanan ruji orang Melayu. Anak-anak pun memang suka makan ayam, tak pandang dah makanan lain. Jadi kita harap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan kenaikan harga tersebut,” katanya. - Getaran, 19 Jun 2022

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad