web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penangguhan Undi 18 Mengarut, Tidak Cermin Kesungguhan Beri Hak Mengundi

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2021 9:19AM

Penunjuk perasaan memegang sepanduk di perhimpunan Tuntut Undi 18 di Parlimen semalam. - Gambar dari Sekretariat Himpunan Tuntut Undi 18

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penangguhan pelaksanaan Undi 18 sehingga September 2022 disifatkan sebagai mengarut dan tidak mencerminkan kesungguhan pihak berwajib untuk memberikan hak mengundi kepada anak muda.

Justeru, Sekretariat Himpunan Tuntut Undi 18 ditubuhkan oleh gabungan gerakan anak muda, sebagai reaksi segera bagi membantah keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kerajaan Persekutuan untuk menangguhkan Undi 18.

Bagi menyatakan bantahan terhadap penangguhan itu, gabungan berkenaan mengadakan ‘silent protest’ bagi mewakili anak muda di hadapan bangunan Parlimen kira-kira jam 2 petang semalam.

Bantahan yang turut disertai Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik itu berkumpul di Padang Merbok, sebelum berarak ke pintu masuk Parlimen untuk duduk secara senyap selama 18 minit.

Seorang penunjuk perasaan memegang poster di perhimpunan Tuntut Undi 18 di Parlimen semalam. - Gambar dari Sekretariat Himpunan Tuntut Undi 18
Seorang penunjuk perasaan memegang poster di perhimpunan Tuntut Undi 18 di Parlimen semalam. - Gambar dari Sekretariat Himpunan Tuntut Undi 18

Perhimpunan itu dianggarkan disertai sekitar 500 peserta berbilang bangsa dan usia.

Sekretariat Himpunan Tuntut Undi 18  berkata, rakyat Malaysia khususnya generasi muda membantah keputusan penangguhan itu sekeras-kerasnya, kerana adalah menjadi hak asasi semua individu biasa untuk mengundi.

“Kami menuntut agar SPR dan Kerajaan Persekutuan segera melaksanakan penurunan umur mengundi selewat-lewatnya bulan Julai 2021 dan mewujudkan ketelusan dalam proses pelaksanaan pendaftaran pengundian secara automatik.

“Selain itu, kami juga menuntut supaya perintah darurat ditamatkan dan membenarkan Parlimen untuk bersidang semula,” katanya.

Menurut gabungan itu lagi, perhimpunan terbabit adalah respons awal anak muda kepada keputusan Kerajaan Persekutuan yang tidak serius dalam melaksanakan Undi18.

“Kami juga mendesak agar (Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan komitmen beliau terhadap pelaksanaan penurunan umur pengundi Malaysia mengikut garis masa yang dijanjikan sebelum ini yang juga diundi beliau selaku Ahli Parlimen,” katanya. - Getaran, 28 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad