web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Seorang Ahli UMNO Sah Digantung Keahlian Selama 6 Tahun - Ahmad Maslan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2021 8:28AM

Ahmad Maslan bercakap kepada media selepas UMNO mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat malam semalam mengesahkan, keputusan jawatankuasa disiplin untuk menggantung keahlian seorang ahli parti selama enam tahun atau dua penggal pemilihan MT, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu terbabit mahupun jawatan yang disandang oleh ahli UMNO itu.

“Saya ingin maklumkan seseorang, saya tidak mahu menyebut namanya, kerana biarlah beliau menerima surat penggantungan itu yang telah dihantar sebentar tadi,” katanya selepas menghadiri mesyuarat MT itu di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya Timbalan Ketua UMNO Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz digantung keahlian daripada UMNO.

“Segala perkara itu ada dalam surat yang berkaitan, segala perlembagaan yang mana yang dilanggar dan sebagainya itu ada dalam surat yang berkaitan.

“Jadi, biarlah individu yang berkaitan menerima surat itu, saya kira ia lebih elok jika beliau menerima surat itu. Saya tidak sebut ahli MT ya,” kata Ahmad apabila ditanya punca individu terbabit digantung keahliannya.

Sementara itu berhubung perjalanan Perhimpunan Agung UMNO hari ini, Ahmad berkata seramai 2,668 perwakilan di mana 1,100 atau 42 peratus daripadanya, akan menghadiri perhimpunan berkenaan di tiga dewan utama di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini.

Jelasnya Presiden dan Timbalan Presiden PAS, MIC dan MCA serta Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Setiausaha Agung PBRS, telah mengesahkan kehadiran ke perhimpunan tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad