web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Majlis Peguam Serah Memorandum ‘Perjuangan’ Pertahan Kebebasan Badan Kehakiman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2022 3:42PM

Karen Cheah (kanan) menyerahkan memorandum itu kepada Mas Ermieyati. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Peguam Negara hari ini menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai menunjukkan ‘perjuangan’ mereka untuk mempertahankan kebebasan badan kehakiman di Malaysia.

Memorandum itu diserahkan Presidennya, Karen Cheah Yee Lynn kepada Mas Ermieyati di Padang Merbok selepas cubaan peserta perhimpunan ‘Walk For Judicial Independent’ untuk berarak ke Parlimen disekat polis.

Mas Ermieyati dalam ucapan ringkasnya berkata, beliau hadir menerima memorandum tersebut sebagai mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Saya akan serahkan memorandum ini kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Perdana Menteri. Semoga keadilan kehakiman terus ditegakkan,” katanya kepada peserta perhimpunan berkenaan.

Terdahulu, lebih 1,000 peserta perhimpunan anjuran Majlis Peguam itu yang majoritinya adalah peguam berhimpun di Padang Merbok sejak jam 9 pagi dan dijadualkan berarak ke pekarangan Parlimen sejam kemudian.

Bagaimanapun, cubaan penganjur membuat rundingan dengan pihak polis untuk berarak ke Parlimen gagal.

Peserta perhimpunan kemudian berhimpun di parkir bersebelahan Padang Merbok selepas Unit Tempur Ringan (LSF) Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba.

Polis kemudian membenarkan hanya 20 peguam, termasuk Yee Lynn berarak ke bangunan Parlimen untuk menyerahkan memorandum kepada kerajaan, namun ia ditolak Badan Peguam.

Difahamkan, perhimpunan tersebut diadakan bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap gangguan kepada badan kehakiman berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Nazlan Mohd Ghazali.

Selepas selesai menyerahkan memorandum, peserta kemudian bersurai sekitar jam 11.30 pagi. - Getaran, 17 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Projek Infrastruktur Kecil Dipindah Ke Jabatan Lain, Pejabat Daerah

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Penganalisis Politik Terkenal Dilantik Ketua Pengarah J-KOM, 'Saya Terima Tanggungjawab…'

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Wujudkan Unit Khas Di JPM Tangani Kehilangan Bakat Hebat Malaysia

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Kerajaan Kenal Pasti 50 Lokaliti Kumpulan Miskin Tegar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek