web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Kenal Pasti 50 Lokaliti Kumpulan Miskin Tegar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2021 2:48PM

Tiada Tindakan Harga Barang Naik, Kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ Gagal -  Anwar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Perdana Menteri (JPM) sedang melaksanakan pemutihan data kemiskinan menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) eKasih bagi mengenal pasti kumpulan miskin tegar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, memaklumkan, menerusi ICU tersebut, secara tidak langsung dapat mengenal pasti kira-kira 50 lokaliti di seluruh negara pada pertengahan Disember ini.

“Pada Mac depan, pelaksanaan program bagi fasa pertama 50 lokaliti di seluruh negara akan bermula.

“Pada Januari 2022, program dan strategi akan dirangka berdasarkan keperluan mengikut kesesuaian lokaliti masing-masing, sementara pada Februari, strategi dan program pembasmian kemiskinan tegar fasa pertama akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri,” kata Mustapa ketika menjawab soalan Chang Lih Kang (PH-Tanjong Malim) di Parlimen.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Jeli berkata, selain 50 lokaliti terpilih, program sedia ada bagi kelompok dan keluarga miskin lain di seluruh negara juga akan diteruskan.

“Dengan pendekatan secara holistik, kerajaan beriltizam miskin tegar dihapuskan pada 2025 seperti disasarkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12),” ujarnya.

Tambah Mustapa, bagi menjamin pelaksanaan lebih berfokus juga, unit kemiskinan yang khusus dicadangkan ditubuhkan di peringkat persekutuan, negeri dan daerah.

“Unit Kemiskinan sudah pun ditubuhkan di Unit Perancang Ekonomi (EPU) JPM pada 8 November lalu. Beberapa negeri sudah mengambil inisiatif menubuhkan Unit Kemiskinan di peringkat negeri dan daerah,” katanya.

Beliau berkata, di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), strategi menyeluruh meliputi projek dan program ekonomi, keusahawanan, pendidikan dan kesihatan akan dilaksanakan bagi menghapuskan kemiskinan tegar pada 2025. - Getaran, 30 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Projek Infrastruktur Kecil Dipindah Ke Jabatan Lain, Pejabat Daerah

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Penganalisis Politik Terkenal Dilantik Ketua Pengarah J-KOM, 'Saya Terima Tanggungjawab…'

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Wujudkan Unit Khas Di JPM Tangani Kehilangan Bakat Hebat Malaysia

4

Politik 3 tahun yang lalu

PRU-15: Tok Pa Sahkan Tidak Pertahan Parlimen Jeli

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad