web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Tok Pa Sahkan Tidak Pertahan Parlimen Jeli

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2022 8:30PM

Mustapa Mohamed - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Penyandang kerusi Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini mengumumkan beliau tidak mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Mustapa yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) berkata hasrat untuk tidak menawarkan diri bertanding juga telah dimaklumkan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang juga Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Keputusan ini dibuat antaranya mengambil kira nasihat doktor mengenai tahap kesihatan yang tidak mengizinkan saya untuk terus berkhidmat sebagai wakil rakyat yang berkesan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mustapa turut menzahirkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakyat di kawasan Jeli yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama sepanjang beliau merencanakan agenda pembangunan sosiekonomi di kawasan tersebut sejak tahun 1995.

“Sesungguhnya saya amat menghargai kepercayaan yang diberikan kepada saya selama ini untuk mewakili rakyat di Parlimen Jeli,” katanya.

Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua sahabat yang menganggotai Jemaah Menteri atas segala bimbingan dan kerjasama yang diberikan sepanjang berada dalam barisan Jemaah Menteri.

“Terima kasih kepada kepimpinan kerajaan, penjawat awam persekutuan dan negeri serta parti atas sokongan yang diberikan kepada saya sepanjang berkhidmat sebagai anggota pentadbiran kerajaan dan Ahli Parlimen,” katanya.

Mustapa yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Parlimen Jeli sejak tahun 1995 dan mempertahankan kerusi berkenaan lima penggal kecuali pada 1999-2004 yang menyaksikan beliau tewas kepada calon PAS Mohd Apandi Mohamad.

Pada PRU14, Mustapa menang di kerusi Parlimen Jeli dengan majoriti 6,647 undi menewaskan calon PAS dan PKR. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja