web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wujudkan Unit Khas Di JPM Tangani Kehilangan Bakat Hebat Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2022 8:05PM

Lim Kit Siang berkata, sebagai permulaan, kerajaan patut menyelesaikan aduan dikemukakan petugas kesihatan dan menghentikan masalah dihadapi doktor kontrak - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Program untuk mengurangkan migrasi rakyat berbakat ke luar negara, perlu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada dasar bagi menjadikan Malaysia hebat semula.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, unit khas di Jabatan Perdana Menteri juga perlu diwujudkan untuk mengatasi masalah berkenaan. 

Katanya, unit tersebut perlu merangka sebuah dasar agresif untuk mengubah situasi daripada kehilangan bakat cemerlang, selain mampu menarik semula mereka. 

Beliau berkata, sebagai permulaan, kerajaan patut menyelesaikan aduan dikemukakan petugas kesihatan dan menghentikan masalah dihadapi doktor kontrak. 

“Malaysia berhadapan dengan masalah kehilangan bakat sejak dari tahun 1970-an, seperti dapat dilihat dari komuniti diaspora negara ini di seluruh dunia yang terdiri daripada lebih sejuta rakyat dari pelbagai latar belakang kaum dan agama. 

“Sudah tiba masanya Malaysia mengiktiraf rakyat tempatan yang berbakat, terutamanya membabitkan sektor sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). (Ia) sebagai satu daripada sumber utama dalam ekonomi berasaskan pengetahuan yang memainkan peranan kritikal untuk pertumbuhan ekonomi dan inovasi teknologi di Malaysia,” katanya menerusi blog, Lim Kit Siang For Malaysia. 

Kit Siang berkata dekimian bagi mengulas kenyataan mantan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr Adeeba Kamarulzaman bahawa Malaysia kehilangan sekurang-kurangnya 30 graduan perubatan terbaik dari Universiti Malaya (UM) kepada Singapura.

Tegasnya, ‘penghijrahan’ itu menyebabkan negara ini menanggung kos hampir RM1 juta seorang untuk melatih mereka.

Pada masa sama, Kit Siang yang juga mantan Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata, Malaysia tidak memerlukan doktor kontrak, sebaliknya golongan terbabit sepatutnya diserap ke dalam sistem kesihatan awam negara. 

Ujarnya, Menteri Kesihatan yang baharu, perlu menjalankan penyiasatan menyeluruh mengapa Malaysia menunjukkan prestasi sebegitu buruk dalam berhadapan pandemik COVID-19. 

Prestasi itu, katanya, tidak menggambarkan kajian global pada tahun 2010 yang meletakkan Malaysia dalam kalangan 20 negara terbaik di dunia. 

“Kajian ini hendaklah dijadikan asas kepada rancangan kesihatan 30 tahun, dari 2023 hingga 2053 untuk memastikan Malaysia sentiasa bersedia untuk berhadapan pandemik global akan datang,” katanya. - Getaran, 26 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad