web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Ditahan Dipercayai Jual Biskut Kanabis

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2022 8:11AM

Eng Lai (tengah) menunjukkan dadah yang berjaya dirampas pada sidang media mengenai sindiket pengedaraan dadah di Ibu Pejabat Daerah Sentul. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki dipercayai menjual dadah berbentuk biskut secara dalam talian di sebuah kondominium di Bandar Manjalara, Kepong, di sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata lelaki berusia 21 tahun itu didapati hanya menjual biskut berperisa kanabis itu menerusi media sosial kepada individu tertentu dan berminat sahaja.

“Kami menyerbu kondominium berkenaan dan menemukan dua bungkus kertas berpelekat ‘Happiness Begins With A Wonder Cake’.

“Pemeriksaan mendapati biskut berkenaan dihasilkan di sekitar Lembah Klang dan dijual pada harga RM100 dengan mengandungi enam keping bagi sebungkus seberat 230 gram,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini semalam. 

Eng Lai berkata hasil soal siasat ke atas lelaki itu, polis menahan enam lagi lelaki keesokannya di kondominium sama dan Jalan Lintang, Batu Caves, dekat sini.

“Polis merampas dadah antaranya kanabis seberat 25.15 kilogram, pil ekstasi seberat 2.86 kilogram, ganja seberat 83.4 gram, wang tunai RM6,000 serta lima barangan kemas dengan keseluruhan rampasan dianggar bernilai RM248,490,” katanya.

Eng Lai berkata ujian saringan air kencing mendapati tiga daripada lelaki berkenaan positif dadah jenis THC manakala empat daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan kesemuanya akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

3

Video & Galeri 2 hari yang lalu

Polis Buru 2 Suspek Samun, Tendang Wanita Warga Emas 

4

Semasa 2 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad