web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penyokong Kritik Kualiti Padang, ‘Game Dah Cantik Tapi Macam Main Dalam Bendang’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2022 1:28PM

Petugas stadium kelihatan cuba mengeluarkan air daripada padang akibat hujan lebat malam semalam. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perlawanan Malaysia menentang Bahrain pada aksi kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi terus menjadi bualan hangat netizen.

Mereka bukan sahaja kecewa dengan kekalahan 2-1 pasukan tuan rumah di tangan Bahrain bahkan tidak berpuas hati dengan kualiti padang yang digenangi air dan berselut.

Majoriti meluahkan kekecewaan mereka di ruang komen Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang membuat hantaran bagi meniup kembali semangat Harimau Malaysia selepas kekalahan tipis malam tadi.

Beliau dilihat hadir menyaksikan sendiri perlawanan tersebut bersama ribuan penyokong pasukan tuan rumah.

Selain itu, beberapa gambar petugas stadium yang menggunakan penyodok sampah untuk mengeluarkan air yang bertakung di atas padang susulan hujan lebat melanda sekitar Lembah Klang petang semalam turut membanjiri ruangan komen tersebut.

Petugas stadium dilihat mengeluarkan air yang bertakung menggunakan penyodok.
Petugas stadium dilihat mengeluarkan air yang bertakung menggunakan penyodok.

“Kalah menang adat pertandingan, tapi yang jadi masalahnya padang tidak berkualiti. Ini ke taraf Malaysia? Setiap projek berharga jutaan ringgit tetapi hasilnya sentiasa dipertikaikan rakyat Malaysia,” kata Mohd Zarawi.

“Datuk tengoklah padang tu, sedih wooo. Boleh main game cantik tapi sebab padang,” kata Mohamad Roseli.

“Ye betul tu Datuk Seri, Cuma bab padang ja macam main dalam bendang. Datuk Seri nampak sendiri keadaan padang bola. Harap dapat diperbaiki dengan lebih baik pada masa akan datang. Kalau tak malu imej Malaysia di mata dunia,” kata Natrah.

Selain itu, pengguna Facebook turut mempersoalkan peruntukan yang disalurkan kepada pihak pengurusan stadium tetapi keadaan padang masih teruk.

Netizen membandingkan cara mengeluarkan air di Stadium Nasional dengan di luar negara.
Netizen membandingkan cara mengeluarkan air di Stadium Nasional dengan di luar negara.

“Kenapa padang itu selenggara macam padang sekolah. Mohon siasat peruntukan,” kata Mohd Aziz.

“Player dah bagi sehabis baik, macam mana dengan Perbadanan Stadium Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan? Bangga ke dengan pengurusan yang macam ni YAB PM? Nak mengurus padang pun tak boleh,” kata Is-Yadi Jahro.

Isu yang tidak mencerminkan kualiti stadium dilabel sebagai antara stadium berkelas dunia itu turut mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail menerusi ciapan  di Twitter mendedahkan, kos bagi sistem pengairan tidak begitu mahal, malah baginda turut mencadangkan penggunaan penutup permukaan padang sekiranya mahu ‘berjimat’.

“Cost drainage system tak lebih dari RM300,000. Kalau alasan drainage system mahal sangat, boleh cuba method ni. Murah sikit,” titah baginda.

Baginda turut berkongsi gambar penggunaan penutup padang seperti digunakan di Stadium Larkin.

Terdahulu, hujan lebat yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil sejak petang semalam menyaksikan permukaan padang ditakungi air.

Keadaan itu memaksa petugas stadium menolak air secara menggunakan penyodok bagi memastikan permukaan padang dapat digunakan. - Getaran, 12 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi