web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Skuad Harimau Malaya Cemerlang Benam Turkmenistan 3-1

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2022 8:07AM

Mohamad Faisal meraikan jaringannya menentang Turkmenistan. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia mengejutkan pasukan di ranking lebih baik Turkmenistan 3-1 untuk memulakan misi memburu tempat di pusingan akhir Piala Asia 2023, dengan bergaya di Stadium Nasional di Bukit Jalil di sini, malam tadi.

Lebih manis, kejayaan pada perlawanan sulung Kumpulan E itu disaksikan lebih 21,000 penonton, yang merindukan aksi pasukan negara dalam saingan kompetitif di laman sendiri, sejak kali terakhir pada November 2019 sebelum pandemik COVID-19 menyerang.

Hanya satu pertukaran dalam kesebelasan utama pasukan negara berbanding skuad yang mengatasi Hong Kong 2-0 pada aksi persahabatan antarabangsa Rabu lepas, dengan Mohamad Faisal Abdul Halim diturunkan menggantikan Muhammad Akhyar Abdul Rashid, di sayap kiri.

Pada pertembungan malam tadi, Malaysia lebih mendominasi perlawanan dengan permainan garang apabila melancarkan asakan bertali arus ke kubu pertahanan lawan, yang membawa kepada gol pembukaan hasil penyudah Muhammad Safawi Rasid pada minit ke-11.

Jaringan tersebut berpunca dari hantaran lintang Arif Aiman Mohd Hanapi dari sebelah kiri gawang lawan yang gagal ditampan kemas penjaga gol Mammet Orazmuhammedov, sebelum Muhammad Safawi yang tidak dikawal tenang melepaskan rembatan tepat ke gawang.

Malaysia dibimbing ketua jurulatih Kim Pan Gon terus ghairah memburu gol terlepas peluang untuk menambah jaringan pada minit ke-15 selepas penyerang Darren Lok gagal menyambar hantaran lintang Matthew Davies.

Penyokong Malaysia membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Penyokong Malaysia membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Namun seminit kemudian gol kedua pasukan negara hadir menerusi penyudah Mohamad Faisal Halim, selepas pemain sayap itu berjaya melepasi benteng pertahanan sebelum melepaskan rembatan padu dalam situasi satu lawan satu berdepan Orazmuhammedov.

Ketinggalan 2-0, jaringan penyerang Altymyrat Annadurdyyev pada minit ke-38 menyalakan harapan Turkmenistan, dengan beliau memanfaatkan kesilapan pertahanan negara untuk menebus kekecewaannya selepas gagal menewaskan penjaga gol Farizal Marlias dalam beberapa percubaan sebelum itu.

Menghampiri rehat, Malaysia melebarkan penguasaan dengan gol ketiga dengan giliran pemain pertahanan Corbin Ong, mencetak nama sebagai penjaring selepas membuat larian solo daripada kawasan negara sebelum melepaskan rembatan yang gagal ditampan Orazmuhammedov.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan buntu menambah koleksi jaringan meskipun berjaya mencipta beberapa gerakan berbahaya, dengan rembatan kapten Arslan Amanov gagal menemui sasaran pada minit ke-62.

Farizal sekali lagi dipaksa bekerja keras menyelamatkan percubaan pemain gantian Begmyrat Bayov dari luar kotak penalti pada minit ke-73, sebelum Mohammad Syamer Kutty Abba terlepas peluang menjaringkan gol keempat negara menerusi rembatan leretnya yang ditampan penjaga gol pada minit ke-84.

Keputusan 3-1 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil Omar Mubarak Mazaroua Al Yaqoubi dari Oman, dengan Mohamad Faisal dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Sebagai rekod, Turkmenistan berada di ranking ke-134 dunia sementara Malaysia kini di kedudukan ke-154.

Kejayaan mengutip tiga mata itu menyaksikan Malaysia kini menghuni tangga teratas saingan Kumpulan E, dengan berkongsi tiga mata bersama Bahrain di tempat kedua yang turut merakam kemenangan 2-0 ke atas Bangladesh dalam aksi kumpulan terdahulu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran