web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


IKEA Tarik Semula Pembuat Espreso, Risiko Produk Pecah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2022 8:37PM

Terdapat risiko untuk pembuat espreso METALLISK pecah semasa digunakan. - Gambar ihsan IKEA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peruncit produk perabot dan rumah dari Sweden, IKEA, menggesa semua pelanggannya yang memiliki satu model spesifik pembuat espreso METALLISK, supaya berhenti menggunakannya.

Model itu membabitkan METALLISK dengan injap keselamatan keluli tahan karat melibatkan cop tarikh antara 2040 hingga 2204.

Jurucakap IKEA dalam satu kenyataan memaklumkan, langkah memanggil semula produk tersebut disebabkan terdapat peningkatan risiko ia pecah semasa digunakan.

“Keselamatan adalah keutamaan utama bagi IKEA, oleh itu kami membuat keputusan untuk menarik semula pembuat espreso METALLISK tersebut disebabkan ia berisiko tinggi untuk pecah semasa digunakan,” katanya.

Menurut jurucakap itu, peningkatan risiko berlaku selepas pertukaran bahan dan pembinaan injap keselamatan, justeru hanya produk dengan injap keselamatan keluli tahan karat yang berwarna perak dan kelabu terlibat dalam langkah berkenaan.

“Tiada unit lain terjejas oleh tindakan ini. IKEA Malaysia juga tidak merekodkan sebarang insiden membabitkan produk tersebut,” katanya.

Jelas jurucakap, pembuat espreso itu boleh dipulangkan ke mana-mana premis IKEA di kaunter pertukaran dan pelanggan akan diberikan pemulangan penuh bayaran.

“Bukti pembelian (resit) tidak diperlukan,” katanya. - Getaran, 8 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

5 Perkara Yang Dinantikan Di IKEA 2025 Ini

2

TARA 2 tahun yang lalu

Ikea Pamer Kerusi Gergasi Mammut, Pembuka Tirai Ulang Tahun Ke-20 IKEA Damansara

3

Semasa 3 tahun yang lalu

PRASARANA Laksana KPI Baharu Lebih Terbuka, Pantau Penyelenggaraan Tren

4

TARA 3 tahun yang lalu

Ceriakan Kehidupan Di Rumah Sepanjang Musim Ramadan Dan Raya Ini Bersama IKEA Malaysia

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad