web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ikea Pamer Kerusi Gergasi Mammut, Pembuka Tirai Ulang Tahun Ke-20 IKEA Damansara

Misteri kerusi gergasi di IKEA Damansara akhirnya terbongkar apabila pengurusan syarikat memberitahu, ia adalah pembuka tirai untuk sambutan ulang tahun ke-20 IKEA Damansara.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2023 5:25PM

Kerusi gergasi IKEA yang mencetuskan misteri baru-baru ini - gambar IKEA Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kecoh baru-baru ini tentang pemasangan sebuah kerusi kanak-kanak IKEA Mammut bersaiz gergasi di luar gedung Ikea di Mutiara Damansara. Rata-rata pengunjung terkejut apabila melihat objek tersebut dan menjadi tanda tanya apakah objektif ia dipamerkan di situ.

Struktur kerusi merah jambu setinggi lima meter tersebut adalah bertujuan sebagai pembuka tirai untuk sambutan ulang tahun ke-20 IKEA Damansara yang berlangsung pada bulan Julai dan Ogos. Kerusi Mammut ini mula diperkenalkan pada tahun 1993 sebagai sebahagian daripada rangkaian barangan Ikea untuk kanak-kanak.

Ia adalah sebuah produk nostalgia yang hebat sebenarnya. Reka bentuknya yang comel dan unik berilhamkan daripada sebuah komik ini terkenal dengan kualiti yang tahan lama, mudah dibawa ke mana sahaja dana ringan. Ia amat sesuai untuk kegunaan di dalam dan luar rumah.

Kerusi merah jambu ini ialah simbolik kepada sambutan ulang tahun ke-20 IKEA Damansara -  gambar IKEA Malaysia
Kerusi merah jambu ini ialah simbolik kepada sambutan ulang tahun ke-20 IKEA Damansara - gambar IKEA Malaysia

Mammut turut menjalani ujian keselamatan dengan teliti setiap tahun bagi memperkukuhkan struktur dan bahan buatan kerusi tersebut. Hari ini kerusi tersebut telah menjadi antara produk IKEA yang paling laris di Malaysia di bawah kategori kanak-kanak.

“Kami sangat teruja untuk mempamerkan pemasangan secara besar-besaran di IKEA Damansara. Kerusi Mammut merupakan sebahagian daripada rangkaian IKEA klasik yang digemari oleh ramai keluarga di Malaysia.

Charles S Nair bersama Mammut - gambar IKEA Malaysia
Charles S Nair bersama Mammut - gambar IKEA Malaysia

“Selama ini, ia telah membawa kegembiraan yang bermakna kepada pelanggan kami. Jadi, kami ingin meraikannya secara besar-besaran! Semoga struktur baharu ini akan berkembang menjadi satu mercu tanda di kawasan itu sebagaimana ketika IKEA Damansara baharu membuka pintunya pada tahun 2003,” kongsi Pengurus Gedung IKEA Damansara, Charles S Nair.

Charles S Nair dan kakitangan IKEA Damansara bergambar bersama kerusi Mammut - gambar IKEA Malaysia
Charles S Nair dan kakitangan IKEA Damansara bergambar bersama kerusi Mammut - gambar IKEA Malaysia

IKEA Malaysia akan berkongsi maklumat lanjut tentang ulang tahun ke-20 IKEA Damansara tidak lama lagi dengan pelbagai aktiviti dan tawaran menarik bagi memeriahkan lagi sambutan tersebut yang berlangsung selama sebulan. Untuk maklumat terkini, layari laman Facebook rasmi IKEA Malaysia. - Getaran, 22 Julai 2023

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

08 Jul 2023

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

5 Perkara Yang Dinantikan Di IKEA 2025 Ini

2

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

4

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini