web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ceriakan Kehidupan Di Rumah Sepanjang Musim Ramadan Dan Raya Ini Bersama IKEA Malaysia

IKEA ada penyelesaian untuk memastikan rumah anda sentiasa kemas dan teratur bagi meraikan musim perayaan kali ini.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2023 2:07PM

Rumah terurus menjelang musim perayaan, hati pun gembira - Gambar Hiasan

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Begitu cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar, dua lebih dua minggu kita menjalani ibadah puasa. Jadi bagaimana agaknya rutin harian anda di rumah? Dengan jadual kerja yang sedikit berubah dan perlu bergelut dengan kesesakan trafik saban hari, pasti ada di antara anda terasa lelah. 

Padahnya, keadaan rumah juga bagaikan tidak terurus. Jangan susah hati, IKEA ada penyelesaiannya. Tugasan anda di kediaman pasti menjadi mudah jika anda punya alatan atau produk yang praktikal dan bergaya.

Jadi bolehlah siapkan tugasan dalam masa yang singkat, tidak kira merancang menu iftar ataupun mempersiapkan rumah untuk musim sambutan Aidilfitri nanti.

Jom semak tiga tip yang dikongsi oleh IKEA untuk menjadikan perayaan anda di rumah lebih mudah, lestari dan meriah. 

 

1. Jangan abaikan ruangan dapur apabila mengemas rumah

Percayalah jika ruang dapur anda tidak bersistem dan berselerak, fikiran anda juga akan berserabut. Ini kerana fikiran kita akan lebih tenang apabila berada dalam ruang yang kemas dan tersusun. 

Penyusun atur kaunter Avsteg - Gambar ihsan IKEA
Penyusun atur kaunter Avsteg - Gambar ihsan IKEA

Jika anda gemar memasak atau membuat kuih dan biskut Raya sendiri, dapur yang tersusun pastinya sangat membantu. Berbekalkan penyelesaian storan dan penyusun yang pintar, barangan akan lebih mudah dicari, sekali gus melancarkan lagi penyediaan makanan anda. 

Bakul Risatorp - Gambar ihsan IKEA
Bakul Risatorp - Gambar ihsan IKEA

Sebagai permulaan, susun peralatan dapur dengan kemas dalam dulang kutleri yang boleh dimuatkan di dalam laci dapur anda. Kemudian, susun pantri dan peti sejuk dengan menggunakan bekas-bekas makanan, dan label setiapnya dengan jelas.

Dulang kutleri Uppdatera - Gambar ihsan IKEA
Dulang kutleri Uppdatera - Gambar ihsan IKEA

Boleh dapatkan produk IKEA seperti penyusun atur kaunter atas dapur AVSTEG, penyusun boleh laras untuk laci UPPDATERA atau bakul RISATORP untuk tujuan ini. 

 

2. Serikan ruang kediaman anda 

Tidak kira untuk berehat sendiri ataupun menerima kunjungan daripada orang tersayang, ambillah kesempatan Ramadan ini untuk menyerikan rumah anda menjelang Hari Raya Aidilfitri. 

Sarung kusyen Gokvalla - Gambar ihsan IKEA
Sarung kusyen Gokvalla - Gambar ihsan IKEA

Selepas mengemas ruang kediaman anda, perkara-perkara kecil seperti menukar sarung kusyen dan pinggan mangkuk, atau memasang barang hiasan dapat menyemarakkan suasana perayaan anda. 

Tanglung LED Gokvalla - Gambar ihsan IKEA
Tanglung LED Gokvalla - Gambar ihsan IKEA

Koleksi seperti edisi terhad GOKVÄLLÅ daripada IKEA akan melengkapkan ruang kediaman anda dan mewujudkan detik-detik bermakna bersama dengan keluarga sempena musim perayaan ini. 

 

3. Elakkan pembaziran makanan

Semasa musim perayaan, ada kemungkinannya berlaku pembaziran makanan kerana hasutan nafsu ataupun kemurahan hati saudara-mara dan kenalan yang memberikan juadah untuk dinikmati bersama. 

Bekas makanan Ikea 365+ - Gambar ihsan IKEA
Bekas makanan Ikea 365+ - Gambar ihsan IKEA

Lebihan makanan tidak semestinya perlu dibuang. Ia boleh disimpan dengan cara yang betul untuk dinikmati pada hari berikutnya. Bekas kaca lutsinar dapat membantu anda memantau stok makanan anda. 

Pastikan ia disusun dengan kemas di dalam peti sejuk kerana jika ia dapat dilihat, pasti anda akan memakannya. Atau, anda boleh menggunakan penutup makanan yang boleh diguna semula untuk mengurangkan pembaziran makanan dan penggunaan pembungkus plastik sekali guna.

Cara ini juga boleh diguna pakai untuk mengurangkan pembaziran makanan basah. Buat anggaran bahan dan jumlah makanan yang diperlukan untuk setiap minggu dan simpan dengan cara yang betul. Jangan biarkan ia terdedah tanpa pembungkusan kerana ia boleh menjejaskan kualiti makanan sehingga mempercepatkan kerosakan. 

 

Resipi baharu untuk Ramadan kali ini

Sudah ada semua kelengkapan yang anda perlukan? Bolehlah mencuba resipi baharu sempena meraikan Ramadan kali ini. IKEA telah bergandingan dengan Cef Abang Brian dan Dr. Ezani bagi menghasilkan resipi-resipi mudah yang boleh dinikmati rakyat Malaysia bersama dengan rakan dan keluarga mereka .

Resipi ini menggunakan bahan-bahan utama daripada Kedai Khas Makanan Sweden IKEA. Cubalah sendiri untuk memeriahkan lagi sambutan di rumah sendiri!

 

Rendang Bebola Daging IKEA oleh Abang Brian

Abang Brian telah menghasilkan resipi rendang tersendiri yang cukup lazat dengan bebola daging klasik IKEA yang sesuai dinikmati semasa iftar atau sahur, bahkan pada Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang. Ikutilah langkah-langkah berikut atau tonton Abang Brian beraksi di sini.

Gambar ihsan IKEA
Gambar ihsan IKEA

 

Kek Coklat oleh Dr Ezani

Idamkan sesuatu yang manis? Cubalah resipi Kek Coklat 5 Bahan yang lazat dan mudah oleh Dr. Ezani! Sudah tentu manisan ini akan menjadi kegemaran semua pada jamuan Ramadan atau hari raya. Ikuti langkah-langkah di bawah atau tonton resipi Dr. Ezani di sini.

Gambar ihsan IKEA
Gambar ihsan IKEA

Koleksi GOKVÄLLÅ kini boleh didapati di gedung IKEA serta dalam talian. Untuk maklumat lanjut tentang tawaran Ramadan IKEA, layari IKEA.my. - Getaran, 8 April 2023 

Isu Pada

Ismail Izzani: Muzik Motivasi Saya

08 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Gaya 1 tahun yang lalu

5 Perkara Yang Dinantikan Di IKEA 2025 Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Mahu Bina Rumah Sendiri? Pastikan Anda Ambil Kira Semua Faktor!

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini