web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Tubuh Pusat Sehenti Kekang Sindiket Macau Scam Bermaharaja Lela

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2021 4:59PM

Penipuan Macau Scam semakin berleluasa dengan lebih RM38 juta direkodkan hanya untuk tempoh baru tiga bulan pertama tahun ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerakusan sindiket Macau Scam yang semakin bermaharaja lela sejak kebelakangan ini bukan saja mengundang kebimbangan masyarakat malah menggusarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Apa tidaknya, kerugian yang dicatatkan melalui penipuan Macau Scam ini meningkat saban tahun dengan jumlah yang amat besar direkodkan pada tahun lepas adalah RM287,301,039 berbanding RM254,586,210 pada 2019.

Berdasarkan statistik terkini, setakat 24 Mac sebanyak 1,392 kes dilaporkan dengan jumlah kerugian RM38,198,730.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob, berkata jumlah itu merupakan peningkatan yang sangat ketara dan ia adalah satu situasi yang perlu ditangani segera.

Justeru, beliau berkata, sebagai satu mekanisma untuk memerangi jenayah ini, JSJK mengambil inisiatif dengan menubuhkan pusat sehenti yang dikenali sebagai CCID Scam Response Center.

“Antara tugas dan tanggungjawab pusat ini adalah membolehkan orang ramai berhubung dengan JSJK bagi membuat pertanyaan berkaitan jenayah Macau Scam.

“Ia juga berfungsi sebagai penerima maklumat pertama (iaitu maklumat nombor telefon dan maklumat bank akaun yang diberikan oleh sindiket Macau Scam) kejadian penipuan daripada mangsa atau mereka yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah ini.

“Ia juga membantu orang ramai untuk mendapatkan pengesahan sama ada panggilan diterima mereka benar-benar daripada pejabat kerajaan atau Macau Scam atau lain-lain kegiatan penipuan,” katanya hari ini.

Orang ramai boleh menghubungi CCID Scam Response Center melalui talian 03-26101559 dan 03-26101599 pada setiap hari bermula jam 8 pagi sehingga 8 malam.

Zainuddin turut menyeru orang ramai untuk memanfaatkan kemudahan disediakan bagi memastikan ancaman jenayah Macau Scam dapat diatasi dan matlamat pencegahan dicapai.

“JSJK berharap orang ramai dapat bersama-sama berganding bahu dengan pihak polis untuk memerangi kegiatan penipuan atas talian,” katanya. – Getaran, 26 Mac 2021 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran