web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Elak Kancil, Pemandu Treler Langgar Perhentian Bas

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2021 2:16PM

Sebuah treler merempuh perhentian bas di Jalan Chung Thien Vun, Tawau, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tawau - Seorang guru wanita bersama anaknya menempuh detik cemas apabila kenderaan Perodua Kancil yang dinaiki mereka dilanggar sebuah treler di Jalan Chung Thien Vun, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 6.05 pagi tadi, mangsa berusia 42 tahun bersama anaknya dalam lingkungan usia lapan hingga 11 tahun itu sedang dalam perjalanan ke sekolah rendah di Kem Kubota Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) Ke-7, berhampiran lokasi kejadian.

Ekoran kejadian tersebut, treler yang sedang membawa muatan kontena itu terbabas sebelum merempuh sebuah perhentian bas di hadapan kem berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian tersebut.

"Sebelum kejadian, pemandu treler terbabit sedang dalam perjalanan dari Taman Anson menuju ke Lahad Datu.

"Ketika melalui kawasan bulatan di situ, pemandu treler, seorang lelaki, berusia 37 tahun gagal mengawal kenderaannya sebelum terlanggar Perodua Kancil yang dinaiki mangsa," katanya.

Akibat kejadian itu, treler berkenaan terbabas di tepi jalan sebelum merempuh sebuah pondok bas.

Menurut Peter, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, dan semua mangsa termasuk pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu treler yang gagal memberi keutamaan laluan kepada kenderaan dari arah kanan dalam bulatan jalan raya.

"Kes disiasat mengikut Peraturan 3 (2)(a) LN 166/59," katanya.

Insiden terbabit turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas, menyebabkan sepasukan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Kem Kubota terpaksa diminta membantu mengawal keadaan. – Getaran, 26 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad