web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pulau Pinang Timbang Saman Kedah Jika Bekalan Air Terganggu

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2021 8:26PM

Chow Kon Yeow - Gambar dari Facebook Chow Kon Yeow

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Kerajaan negeri Pulau Pinang akan mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Kedah sekiranya ada projek yang dilaksanakan di Sungai Muda mengancam bekalan air di Pulau Pinang, kata Ketua Menterinya Chow Kon Yeow.

Beliau berkata mana-mana projek Sungai Muda, Kedah di hulu muka sauk Lahar Tiang Pulau Pinang perlu mematuhi semua undang-undang yang berkaitan dan tidak boleh memberi kesan buruk atau menjejaskan perkhidmatan bekalan air kepada 1.776 juta penduduk di Pulau Pinang.

"Kami yakin Kedah tidak mempunyai hak dari segi perundangan untuk menuntut apa-apa pembayaran.''

Pulau Pinang, katanya, telah secara sah mengabstrak air mentah dari Sungai Muda tanpa membayar kepada Kedah sejak 1973.

“Pulau Pinang tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian, memorandum persefahaman atau kontrak untuk membayar kepada Kedah. Sekiranya projek (Menteri Besar Kedah) memberi kesan buruk kepada Pulau Pinang, kita akan bertindak segera untuk menghentikannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chow berkata antara pilihan lain yang dipertimbangkan mereka untuk menghentikan projek yang akan memberikan kesan buruk itu termasuk mengemukakan bantahan rasmi kepada kerajaan Persekutuan, membawa isu berkenaan untuk dibahaskan di Parlimen serta memulakan tindakan undang-undang bagi mendapatkan perintah injunksi mahkamah.

"Kami yakin Kedah tidak mempunyai hak dari segi perundangan untuk menuntut apa-apa pembayaran. Inilah sebabnya mengapa kami bersedia untuk berjumpa mereka di mahkamah,” tambahnya.

Chow berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor semalam, bahawa kerajaan negeri itu merancang untuk melaksanakan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) untuk menstabilkan permukaan air Sungai Muda pada musim kemarau.

Katanya, bendungan baharu juga akan dibina untuk menstabilkan paras air Sungai Muda, bagi memastikan pam-pam Syarikat Air Darul Aman (SADA) tidak tergantung, khususnya ketika paras air menurun.

Muhammad Sanusi juga berkata kerajaan Kedah tidak pernah menutup pintu rundingan dengan Pulau Pinang dalam isu bekalan air, sebaliknya sentiasa mengalu-alukan perbincangan untuk menentukan kadar caj bekalan air mentah yang perlu dibayar.

Sementara itu, Chow berkata kerajaan negeri akan mengkaji semula projek Bekalan Air Pulau Pinang 2050 (PWSI 2050) yang diusulkan oleh syarikat konsesi air negeri, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP).

Beliau berkata projek PWSI 2050 pada awalnya berkonsepkan untuk memastikan keselamatan bekalan air untuk Pulau Pinang dalam tempoh 30 tahun akan datang, dengan adanya bekalan air mentah tertentu dari Sungai Muda dan pelaksanaan Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWS).

"Kami sekarang akan berusaha untuk melaksanakan lebih banyak projek strategik di bawah PWSI 2050 untuk mengurangkan risiko kemungkinan ‘perkara tidak diingini' melibatkan Sungai Muda yang boleh mempengaruhi perkhidmatan bekalan air di Pulau Pinang pada masa akan datang," katanya sambil menambah, bahawa langkah-langkah tersebut mungkin melibatkan alternatif teknologi air dan menanggung kos dan tarif bekalan air yang lebih tinggi. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad