Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Keengganan Guna Bahasa Inggeris Di Pentas Antarabangsa, Malaysia Berisiko Jadi ‘Pariah Birokrasi’ - Rafidah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2022 5:04PM

Rafidah berkata keengganan itu mengundang risiko yang mengakibatkan Malaysia terpinggir. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keghairahan kerajaan menggunakan bahasa Melayu di pentas antarabangsa boleh mengundang risiko yang mengakibatkan Malaysia terpinggir.

Mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tan Sri Rafidah Aziz berkata demikian ketika mengulas mengenai cadangan supaya penjawat awam yang tidak menggunakan Bahasa Melayu pada acara di peringkat ASEAN dan antarabangsa dihukum.

“Sekiranya pemikiran ini diteruskan walaupun hukuman dikenakan kerana tidak berkomunikasi dalam bahasa Inggeris di peringkat dunia, kita ibarat menjadi ‘pariah birokrasi’ di ASEAN,” katanya menerusi kiriman Whatsapp hari ini.

Rafidah berkata, maksud beberapa perkataan atau ayat boleh tersilap diterjemah, terutama dalam perkara signifikan dan teknikal.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu sebagai merujuk kepada gesaan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Zuki Ali supaya Jabatan Perkhidmatan Awam mempertimbangkan langkah punitif bagi menguatkuasakan penggunaan bahasa Malaysia dalam perkhidmatan awam dan agensi kerajaan lain, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Itu perkara gila. Kita harus meningkatkan tahap penguasaan kita dalam bahasa Inggeris dan bahasa lain yang berkaitan.

“Saya bersimpati dengan pegawai MITI dan kakitangan lain yang terpaksa berurusan dengan Komuniti Asing,” kata Rafidah yang memegang jawatan orang nombor satu kementerian itu dari tahun 1987 hingga 2008.

Beliau berkata, semasa memegang jawatan itu, beliau bertegas supaya semua komunikasi di peringkat antarabangsa dibuat dalam bahasa Inggeris.

“Kami beroperasi dalam persekitaran cemerlang.

“Kami turut mencipta lagu MITI kami sendiri, ‘DEMI KECEMERLANGAN’ (Untuk Kecemerlangan) dan ia menjadi piagam pelanggan kami.

“Ia ada dalam minit Kabinet. Saya meminta semua komunikasi dalam bahasa Inggeris. Ini adalah untuk kecekapan dan keberkesanan dalam penyampaian perkhidmatan kami kepada pemegang taruh kami,” katanya sambil menambah bahawa bahasa Inggeris adalah pemacu utama dalam menarik pelaburan berkualiti ke Malaysia.

“Malaysia sememangnya menjadi destinasi pelaburan dan perniagaan pilihan yang mana komunikasi dikendalikan dengan mudah dan berkesan.

“Setiap tahun sektor swasta memberi penghormatan kepada MITI dengan anugerah perusahaan tahunan,” katanya.

“Kini, orang luar mengadu tentang dasar dan fokus kita yang disifatkan terkebelakang,” jelasnya.

Mantan Ketua Wanita UMNO berusia 79 tahun itu yang pernah disenarai pendek sebagai calon Perdana Menteri berkata, adalah merugikan negara apabila rakyat, terutama golongan muda tidak dipersiapkan sepenuhnya dengan ilmu pengetahuan baharu, informasi teknologi maklumat (ICT), diplomasi serta berupaya memiliki kemahiran bahasa dan komunikasi untuk berdepan keperluan semasa, termasuk di peringkat dunia secara berkesan.

Ujarnya, negara harus bergerak maju dan tidak mundur serta mesti fokus kepada perkara signifikan.

Komen itu dikeluarkan belia susulan kenyataan G25 bahawa walaupun kumpulan itu menyokong peranan dan kepentingan bahasa Melayu dalam menyatukan negara, kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa universal masyarakat antarabangsa perlu diiktiraf.

“Malaysia akan mengalami banyak kerugian jika langkah punitif (hukuman) dikenakan terhadap mereka yang menggunakan bahasa Inggeris dalam tugas rasmi mereka di jabatan kerajaan kerana terdapat banyak bidang, memerlukan penjawat awam mungkin berkomunikasi dalam bahasa Inggeris untuk mendapatkan pemahaman bersama mengenai masalah dan isu dihadapi.

“Sebagai contoh, dalam membincangkan virus COVID-19, pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) boleh menganalisis krisis kesihatan dengan lebih baik menggunakan bahasa Inggeris kerana ia adalah bahasa Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

“Sama juga dalam menganalisis isu ekonomi dihadapi negara, pegawai kita di agensi perancangan pusat boleh memahami satu sama lain dengan lebih baik jika mereka menggunakan bahasa Inggeris kerana itu adalah bahasa Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan institut penyelidikan ekonomi termasuk di Malaysia,” kata G25 menerusi kenyataan semalam. - Getaran, 28 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Khutbah Arafah Musim Haji 1444H Diterjemah Ke 20 Bahasa Dunia Termasuk Bahasa Melayu

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Yuna Dipuji Tunjuk Kebolehan Bicara Bahasa Sepanyol Lancar, Ramai Harap Dia Akan Rakam Lagu Latin 

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Komposer Daqmie Tak Marah Bait Lirik Lagu 'Casablanca' Diselar Pempengaruh TikTok, Tapi…

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Bahasa ‘Rojak’ Dalam Lagu, Di Radio Mampu ‘Kuburkan’ Pemerkasaan Bahasa Kebangsaan

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

Luar Negara 1 hari yang lalu

Dunia Alu-Alukan Penerimaan Resolusi Gencatan Senjata Di Gaza

Semasa 9 jam yang lalu

Perlu Tadabbur, Fahami Gesaan Al Quran - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India