web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Yuna Dipuji Tunjuk Kebolehan Bicara Bahasa Sepanyol Lancar, Ramai Harap Dia Akan Rakam Lagu Latin 

Yuna atau pemilik nama sebenar, Yunalis Mat Zara’ai, 36, turut dilihat berfasih dalam bahasa Sepanyol bersama pengurusnya walaupun baru hanya sebulan mempelajari bahasa tersebut.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2023 7:00PM

Kebolehan Yuna dan pengurusnya bertutur dalam bahasa Sepanyol dengan lancar mengagumkan peminatnya. - Gambar Instagram Yuna

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lazimnya dalam kalangan artis-artis negara  khususnya selebriti Melayu, majoritinya hanya mampu menguasai dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Jika terdapat selebriti yang menguasai lebih dua bahasa tersebut, seperti bahasa Mandarin atau bahasa Tamil, itu menjadi kelebihan kepada mereka.

Tapi ada juga yang lebih hebat, kerana dapat menguasai bahasa asing dari negara = negara tertentu seperti, bahasa Korea, Jepun, Perancis dan banyak lagi.

Baru -baru ini, penyanyi Yuna, menunjuk bakatnya, yang berfasih tutur dalam bahasa Sepanyol yang berjaya mencuri perhatian ramai peminatnya.

Yuna atau pemilik nama sebenar, Yunalis Mat Zara’ai, 36, turut dilihat berfasih dalam bahasa Sepanyol bersama pengurusnya walaupun baru hanya sebulan mempelajari bahasa tersebut.

“Hi semua, selamat pagi. Hari ini, saya praktikkan bahasa Sepanyol yang saya pelajari selama  sebulan.

“Hampir sebulan saya belajar bahasa ini, jadi kepada semua, yang ingin tanya soalan kepada saya silakan ya,” kata Yuna dalam bahasa Sepanyol menerusi satu hantaran di media sosialnya.

Paparan di media sosial tersebut, turut memaparkan, beberapa peminatnya, menyoal Yuna dalam bahasa Sepanyol berkenaan kucing milik menyanyi tersebut dan juga bila dia akan bakal mengadakan konsert di Mexico.

Penyanyi yang kini berada di jauh di rantauan, itu dilihat mampu bertutur dalam Sepanyol dengan baik dan lancar, meskipun hanya baru sahaja mempelajari bahasa tersebut selama sebulan. 

Meninjau ke ruang komen hantaran penyanyi tersebut, rata-rata ramai peminatnya, kagum dan bangga dengan kefasiha bertutur bahasa Sepanyol. 

“Omg, saya suka Yuna mempelajari bahasa Sepanyol  ini, dan mampu bertutur dengan fasih walaupun hanya sebulan dia belajar bahasa ini,” ujar pemilik akaun Instagram @denissehrndz.

Menurut seorang lagi pemilik akaun @heriznaga, katanya, berharap sangat Yuna boleh datang ke Mexico, dan menunggu untuk lagunya dalam bahasa Sepanyol.

“Hello Yuna, fasih dan bagus pertuturan anda dalam bahasa Sepanyol ini. Saya merupakan seorang guru bahasa Sepanyol, sila rujuk saya kalau Yuna ingin terus berlatih bahasa ini. Harap akan ada lagu Yuna dalam bahasa Sepanyol,” ujar pemilik akaun @mispasos pula.

Rata-rata peminat diihat teruja dengan usaha Yuna belajar bahasa Sepanyol dan mengharapakan akan ada lagu yang dinyanyikan dalam bahasa tersebut. – Getaran, 26 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Sepanyol Juara Euro 2024

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Besarnya Tahi Bintang!

3

Jelajah 2 tahun yang lalu

Kempen Global ‘Only In Madrid’ Tampilkan Keunikan Ibu Kota Sepanyol

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Pelancong Sepanyol Diperkosa 7 Lelaki, Suami Turut Dibelasah

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN